• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vcash ucap selamat tinggal kepada dompet elektronik

  • OLEH Najib
  • 5:47 pm
  • 31/10/2019
  • Komen
Vcash ucap selamat tinggal kepada dompet elektronik
Share on FacebookShare on Twitter

Vcash merupakan salah satu dompet elektronik atau eWallet yang terawal diperkenalkan di Malaysia. Ia juga adalah projek start-uo yang dijalankan oleh Digi Telecommunication Sdn. Bhd. (Digi). Tetapi sinar kehidupannya kelihatan sudah menjelang senja.

Beberapa pengguna Vcash telah menerima SMS yang menyatakan, perkhidmatan dompet Vcash akan dihentikan pada 30 November 2019. Oleh itu, pengguna diminta untuk mengeluarkan baki di dalam Vcash untuk dipulangkan ke dalam bentuk fizikal. Proses pemulangan baki ini boleh dibuat melalui laman web https://vcash.my/wallet-refund.



Diperkenalkan pada November 2017, bermakna hayat Vcash di Malaysia lengkap 2 tahun pada November 2019. Vcash juga adalah penyedia eWallet terawal di Malaysia. Semasa dilancarkan, sistemnya disokong oleh kedai seperti Digi, Tony Romas, Manhattan Fish Market, Steak Shack, Fish & Co, Go Shop, Mydin dan lain-lain.

Tapi dari sehari ke sehari, kempen dan promosi Vcash mula kehilangan bunyi dan jarang lagi kedengaran. Sementara penggiat eWallet lain semakin aktif, seperti Boost dan Touch n Go eWallet yang tidak berhenti menjalankan promosi mereka hingga kini.



Mungkin akibat lambakan eWallet di Malaysia membuatkan Vcash tenggelam dek persaingan yang sengit untuk pasaran Malaysia yang kecil. Tidak mustahil kita akan melihat lagi penyedia eWallet lain mula menarik diri akibat tidak mampu lagi menampung kos pengurusan.

Vcash pernah diterima di Kafe Kementerian Belia dan Sukan

Sebagai pengguna, lebih banyak saingan akan memberi lebih banyak faedah kepada pengguna. Tetapi apabila ia terlampau banyak melebihi permintaan, ia boleh memberi kesan buruk kepada ekonomi negara kerana penyedia eWallet menarik diri.

Jika anda pengguna Vcash, jangan lupa untuk mula memproses baki Vcash anda keluar. Jika tidak, ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi selepas 30 November 2019.

Apakah eWallet yang sering anda gunakan dan kenapa? Jom kongsikan kepada kami dalam ruangan komen di bawah.

Sumber: Facebook

Tags: digieWalletvcash
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Vcash ucap selamat tinggal kepada dompet elektronik

Vcash ucap selamat tinggal kepada dompet elektronik

31 October 2019
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN