fbpx

Nokia 800 Tough Ada DNA Legenda 3310 Dalamnya

Agak sukar untuk cari telefon yang tahan lasak dalam era Android dan iOS ini. Jika dulu kita ada Nokia 3310, ini mungkin pengganti zaman moden untuknya. Nokia 800 Tough ada pelbagai ciri-ciri tahan lasak yang jadikannya sesuai untuk pengguna yang cemerkap ataupun bekerja dalam persekitaran ekstrim.

Nokia 800 Touch miliki kekalisan air dan debu pada paras IP68, dilindungi gegaran daripada jatuhan hampir 2m di atas konkrit serta memenuhi piawaian ketenteraan MIL-STD-810G.

Disebabkan ia lebih kepada sebuah telefon feature berbanding telefon pintar, ia miliki ketahanan bateri superpanjang. Ia boleh pergi sehingga 43.7 hari lamanya dengan satu SIM ataupun sehingga 36.2 hari lamanya dengan dua SIM berbekalkan bateri 2,100mAh pada badannya.

Telefon ini menjalankan sistem operasi KaiOS yang digerakkan oleh SoC Qualcomm 205 Mobile Platform serta RAM seluas 512MB. Jika storan dalam 4GB tidak mencukupi, ia boleh diperluas menggunakan slot mikro-SD khas padanya.

Di bahagian pengimejan, ia dilengkpai kamera belakang 2MP dengan flash. Tiada kamera depan untuk berselfie. Bahagian mukanya ada paparan QVGA seluas 2.4″ yang cukup untuk kegunaan asas.

Telefon ini releven dengan arus perdana sebab dia boleh menjalankan Google Assistant dan dipasang APP seperti Google Maps dan WhatsApp.

Tiada berita tentang ketibaannya di Malaysia tapi Nokia 800 Tough dijual di Eropah pada harga EUR109 (RM507).

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Xiaomi Mi Note 10: Maklumat penjualannya di Malaysia