• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopback dan Touch n Go beri tunai kembali setiap bulan

  • OLEH Najib
  • 3:10 pm
  • 01/11/2019
  • Komen
Shopback dan Touch n Go beri tunai kembali setiap bulan
Share on FacebookShare on Twitter

ShopBack, platform pulangan wang tunai (cashback) yang popular di Malaysia, hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan Touch n Go eWallet. Ia merupakan kerjasama pertama mereka dengan platform eWallet, menambahkan lagi saluran peminat membeli-belah dalam talian untuk mendapatkan pulangan tunai dalam setiap pembelian mereka.

Pengguna ShopBack boleh melihat pautan Touch n Go eWallet di dalam aplikasi ShopBack bermula hari ini. Kerjasama cashback dan eWallet sebegini juga adalah yang pertama seumpamanya di Asia Pasifik.



ShopBack menawarkan sehingga RM10 cashback untuk pengguna setiap kali menambah wang ke dalam akaun Touch n Gi eWallet. Untuk mendapatkan cashback ini, seperti biasa pengguna harus membuka akaun ShopBack dahulu, kemudian pergi ke butang Touch n Go dan akan dibawa ke aplikasi Touch n Go eWallet. Jika tiada, pengguna perlu memuat turun dahulu aplikasi tersebut dan mendaftar akaun.

Pengguna akan dibawa dari aplikasi Shopback ke aplikasi Touch n Go eWallet. Kemudian tambah wang ke dalam eWallet Touch n Go sekurang-kurangnya RM10 dan pengguna akan menerima kembali RM3 di dalam akaun ShopBack. Jika ia adalah transaksi pertama di Touch n Go, pengguna akan menerima kembali tunai sebanyak RM10.



Langkah ini pasti menggembirakan pengguna ShopBack kerana jualan 11.11 sudah hampir tiba tidak lama lagi. Apatah lagi Touch n Go eWallet kini turut diterima sebagai cara pembayaran di laman e-dagang Lazada.

Selain itu, ShopBack turut menyediakan cashback yang lebih tinggi dari biasa menjelang 11.11. Antaranya ialah:

• Taobao (sehingga 30% dari 1 – 11 Nov)
• Lazada (cashback berganda – sehingga 20% dari 6pm – 8pm pada 11 Nov)
• ZALORA (sehingga 15% pada 8 – 12 Nov)
• Nike (15% pada 11 Nov)
• Lenovo (14% pada 10 – 11 Nov)
• Booking.com (9% pada 8 – 11 Nov)
• KLOOK (sehingga 7.5% on 11 Nov)
• Dan banyak lagi

Untuk maklumat lanjut, layari laman web ShopBack di www.shopback.my

Tags: ShopBackTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

1 Julai 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER