fbpx

Jangan lepaskan peluang diskaun RM900 Mate 20 Pro Di Pesta 11.11

Susah sangat nak beli Mate 30 Pro? Anda mungkin berminat dengan Mate 20 Pro, flagship 2018 dengan spesifikasi yang agak berkuasa pada harga RM1,699 sahaja. Jangan risau, telefon ini ada Google Mobile Services (GMS) sama seperti telefon-telefon Huawei sebelum Mate 30 Pro. Jadi anda tiada masalah untuk beroleh kemas kini ataupun menggunakan APP perbankan di Mate 20 Pro.

Pada harga tersebut, anda menerima telefon flagship yang kompeten. Ia diperkasa Kirin 980 dengan RAM sebesar 6GB dan storan seluas 128GB. Daripada segi paparan, Mate 20 Pro adalah lebih baik berbanding Mate 30 Pro sebab ia ada panel QHD 1440p berbanding 1080p pada Mate 30 Pro.

Rekaan konvesionalnya lebih ergonomik berbanding generasi yang lebih baru kerana ia ada butang fizikal di sisi kanannya. Ia jauh lebih praktikal daripada butang maya yang sangat sukar untuk dikawal.

Bahagian kamera pula tak jauh bezanya. Kamera utamanya masih diperkasa sensor 40MP tapi untuk kamera ultralebar, ia miliki sensor 20MP manakala telefoto 8MP.

Lain-lain ciri-ciri menarik pada Mate 20 Pro adalah seperti keupayaan mengecas wayarles, keluar dan masuk, Boleh dicas pantas sehingga 40W, dan kemasan bertekstur yang lebih rintang cap jari.

Layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.

BACA  PROMO: Terima hadiah percuma dengan membeli telefon pintar Huawei