fbpx

Adakah Galaxy S10 Lite akan muncul tidak lama lagi?

Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat (USPTO) telah menganugerahkan satu paten kepada Samsung, yang mana ia mungkin merujuk kepada satu rekaan telefon pintar, dikatakan Galaxy S10 Lite. Ini mungkin langkah pertama Samsung untuk memperkenalkan model Lite dalam siri flagship mereka, Siri S dan Siri Note.

Dari paten tersebut yang boleh diakses di sini, ia memperlihatkan rekaan telefon pintar dari semua arah. Dari depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah.

Di depan, kelihatan dua kamera di dalam lubang di sudut atas kanan skrin. Di belakang pula, terdapat dua kamera bersama LED Flash di sebelah kanannya. Rekaan yang sangat mirip dengan Galaxy S9+ tanpa pengimbas capjari fizikal.

Samsung Galaxy S9+

Tiada apa kelihatan di kiri, kanan dan atas telefon. Tetapi di bawah seperti ada port USB-C dan dua lubang, dijangkakan gandingan pembesar suara dan mikrofon.

Paten ini dikatakan berkait rapat dengan Galaxy S10 Lite yang heboh diperkatakan baru-baru ini. Minggu lepas, satu peranti Samsung dikesan di Geekbench dengan nombor model SM-G770F. Dari senarai itu, ia menyatakan peranti tersebut dikuasakan pemproses Snapdragon 855, RAM 8GB dan sistem operasi Android 10.

Dalam laporan lain, SM-G770F telah ditemui disahkan pendaftaran di Anatel (pengesahan seperti SIRIM di Brazil), di mana ia disenaraikan dengan kapasiti bateri 4,370mAh. Kapasiti ini mungkin merujuk kepada kapasiti sebenar, di mana kapasiti tipikal sekitar 4,500mAh.

Khabar angin lain mengatakan Galaxy S10 Lite akan memiliki skrin Super AMOLED HD Penuh berukuran 6.7-inci, tiga kamera belakang gabungan kamera 48MP+12MP+5MP serta kamera hadapan 32MP. Adakah versi Lite ini terletak di bawah atau di atas Galaxy S10e? Kena tunggu pengesahan dari Samsung sendiri.

BACA  Laser Boleh Diguna Untuk Gantikan Arahan Suara Telefon Anda

Sumber: SamMobile, GSMarena