• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sampel gambar 108MP bersaiz 70MB ini datang dari Mi Note 10 Pro

  • OLEH Najib
  • 11:47 am
  • 05/11/2019
  • Komen
Sampel gambar 108MP bersaiz 70MB ini datang dari Mi Note 10 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah beberapa ketika mengumumkan akan melancarkan telefon pintar Mi Note 10 dengan kuasa kamera 108MP. Dari kamera 64MP, gambar yang terhasil memakan ruang sekitar 50MB. Kini dengan 108MP, Xiaomi telah berkongsi sampel gambar dengan saiz fail sekitar 70MB.

Sampel gambar 108MP ini telah dikongsikan oleh Xiaomi Poland di dalam forum komuniti Xiaomi. Tetapi bukan saiz gambar ini yang ingin kami ceritakan, sebaliknya peranti yang digunakan untuk mengambil gambar ini ialah Mi Note 10 Pro!



Perkara ini diketahui menerusi maklumat EXIF pada gambar tersebut, yang boleh dimuat turun di sini. Ia menyatakan, model peranti gambar ini ialah Mi Note 10 pro dengan apertur F1.70.

Jika ada model Pro, maka ada juga model bukan Pro. Jadi Xiaomi mungkin akan melancarkan dua model untuk siri Mi Note 10 kali ini. Dijangka model Pro akan dilengkapi pemproses lebih tinggi, seperti Snapdragon 855 manakala model bukan Pro menggunakan pemproses kelas pertengahan seperti Snapdragon 730.



Mi Note 10 Pro serta pemprosesnya masih belum pasti kesahihannya. Perkara yang telah pasti dan diumumkan Xiaomi adalah seperti penggunaan 5 kamera belakang, salah satu darinya dengan sensor 108MP. Kamera yang lain ialah kamera telefoto 5MP dengan keupayaan zum sehingga 50x, kamera potret 12MP, kamera ultra lebar 20MP dan kamera super makro 2MP.

Pelancaran Mi Note 10 akan diadakan di Madrid, Sepanyol pada hari esok, 6 November 2019. Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah kejutan yang bakal dipersembahkan Xiaomi.

Welcome to the new era of smartphone cameras!

Join our event to reveal the world's first 108MP Penta camera.

Live stream available, stay tuned!#DareToDiscover with #MiNote10 pic.twitter.com/BiUXHH4Xdp

— Xiaomi (@Xiaomi) November 3, 2019

Sumber: XDA, Forum Xiaomi

Tags: xiaomixiaomi mi note 10Xiaomi Mi Note 10 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER