fbpx

Mi Watch, Android Wear Termurah Daripada Xiaomi

Selain telefon CC9 Pro, Xiaomi turut mempamerkan Mi Watch mereka. Ia adalah jam tangan pintar pertama syarikat itu dan ia menjalankan sistem operasi Android Wear. Walaupun miliki fizikaliti iras sebuah Apple Watch, ia dijual pada harga bermula RMB 1,299 (RM627), satu harga yang sangat mampu miliki jika dibandingkan produk lain yang sekelas dengannya.

Mi Watch hadir dalam 1 saiz iaitu 44mm. Ia miliki bateri yang boleh tahan besarnya untuk sebuah jam tangan pintar. Huawei Watch GT 2, jam tangan kecergasan terbaru itu pun cuma ada 455mAh. Maka anda boleh jangkakan hayat penggunaan yang panjang.

Atas papan utama, jam tangan ini digerakkan oleh SoC Snapdragon Wear 3100, cip yang tidaklah baru kerana sudahpun berusia sekitar 3 tahun. Bersamanya, ada RAM sebesar 1GB dan storan seluas 8GB.

Mi Watch diberikan kemasan matte hitam untuk badan besinya. Muka jamnya diperbuat daripada panel AMOLED sebesar 1.78″ dengan kepadatan piksel pada 326ppi manakala bahagian belakang dilapisi seramik, tempat terletaknya pengimbas nadi.

Untuk ciri-ciri ketersambungan, ia ada versi yang menyokong LTE. Kemudian, untuk pembayaran tanpa tunai, ia dilengkapi NFC selain Wi-Fi dan Bluetooth untuk berhubung dengan peranti lain.

Selain versi asas yang berharga RMB 1,299, Mi Watch turut ditawarkan dalam kemasan safira untuk muka jam dan dijual pada harga RMB 1,999 (RM1,185). Tidaklah diketahui sama ada jam ini akan menjengah keluar daripada China tapi jika ya, sudah tentu ia laku keras seperti produk-produk Xiaomi yang lain.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Sunway Pyramid perkenal sistem parkir tanpa tiket paling mudah dan cepat