fbpx

Surcaj Touch ‘n Go Akan Dimansuhkan Tak Lama Lagi

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen memberitahu dewan bahawa surcaj 10% yang dikenakan di tempat letak kereta oleh Touch ‘n Go akan dimansuhkan.

Ia meliputi semua kontraktor baharu ataupun kontraktor yang memperbaharui kontrak mereka. Setakat ini ada 2,880 lokasi daripada 11,168 tidak mengenakan caj tersebut dan ia adalah satu jumlah yang sedikit.

Sumber

Itu berkaitan caj 10%. Caj 50 sen yang dikenakan untuk setiap tambah nilai pula tiada kaitan dengan TnG kerana menurut mereka, ia dikutip oleh operator lokasi tempat tambah nilai tersebut.

Kiosk tambah nilai seperti ini tak mengenakan sebarang caj

Dalam hal yang berkaitan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tidak mendapati yang TnG adalah sebuah monopoli disebabkan ada bayak penyelesaian e-pembayaran lain yang sedang beroperasi di Malaysia.

Bilakah pemansuhan surcaj ini akan bermula tidak pula dikongsikan.

Sumber: TheStar

BACA  Ramai pengguna Celcom kesal Video Walla 100GB tidak lagi percuma