• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hanya tambah nilai Xpax untuk peluang menang Samsung Galaxy A50s

  • OLEH Najib
  • 7:29 pm
  • 07/11/2019
  • Komen
Hanya tambah nilai Xpax untuk peluang menang Samsung Galaxy A50s
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Xpax, anda kini berpeluang untuk memenangi telefon pintar baru Samsung Galaxy A50s dengan mudah. Hanya tambah nilai prabayar Xpax dan anda dalam perjalanan membawa pulang sebuah telefon pintar baru.

Celcom menyediakan 54 unit Galaxy A50s dalam kempen ini. Sebanyak 6 unit disediakan sebagai hadiah setiap minggu. Kempen ini bermula dari 4 November 2019 sehingga 5 Januari 2020.



Tetapi penyertaan hanya diterima untuk tambah nilai yang dibuat dari aplikasi Celcom Life sahaja. Bukan tambah nilai dari Maybank2u, dari 7-11 atau nombor pin. Mesti beli tambah nilai dari Celcom Life, baru termasuk dalam cabutan bertuah mingguan Galaxy A50s.

Tambah nilai boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi Celcom Life, kemudian pergi ke Reload dan pilih Credit Reload. Seterusnya pilih amaun yang diingini dan akhir sekali pilih jenis pembayaran, sama ada kad debit/kredit atau perbankan dalam talian. Tambah nilai menggunakan nombor pin dan Boost tidak akan dikira.



Peluang kemenangan lebih tinggi jika lebih banyak tambah nilai dibuat. Penyertaan dikira dari tambah nilai RM10 untuk 1 penyertaan, RM30 untuk 3 penyertaan, RM50 dapat 5 penyertaan dan RM100 dapat 10 penyertaan.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari laman promosi Xpax Reload.

Tags: celcomsamsungsamsung galaxy a50sxpax
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tambah nilai Xpax untuk peluang menang Samsung Galaxy A50s

Hanya tambah nilai Xpax untuk peluang menang Samsung Galaxy A50s

7 November 2019
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN