fbpx

Facebook perbaharui wajah korporat, kini dikenali sebagai FACEBOOK

Facebook bermula dari sebuah platform media sosial 15 tahun lepas. Kini ia menyediakan pelbagai perkhidmatan yang menghubungkan orang ramai dengan keluarga dan rakan, serta membina komuniti digital di samping membantu mengembangkan perniagaan.

Sebagai langkah menjelaskan produk mereka yang kian meluas, Facebook kini mengumumkan jenama baru dengan logo serba baru. Ini untuk membezakan syarikat induk mereka sambil mengekalkan aplikasi media sosial, Facebook.

Menurut Facebook, mereka akan menggunakan rekaletak perkataan baru dengan semua huruf dieja dengan huruf besar. Dari Facebook, menjadi FACEBOOK.

Selain aplikasi Facebook, aplikasi lain yang turut dimiliki FACEBOOK ialah Messenger, Instagram, WhatsApp, Oculus, Workplace, Portal dan Calibra. Semua aplikasi ini akan dikemaskini dengan tanda “from FACEBOOK” menunjukkan ia dimiliki oleh FACEBOOK. Selain itu, ia juga menegaskan aplikasi ini berkongsi teras yang sama, iaitu FACEBOOK.

Kita boleh melihat persamaan ini apabila beberapa kali sebelum ini, perkhidmatan yang dimiliki FACEBOOK berhadapan masalah pada masa yang sama. Pada bulan Mac lepas, tiga platform yang dimiliki FACEBOOK iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp berhadapan masalah serentak. Ia berulang pada bulan April dan sekali lagi pada bulan Julai. Ini adalah satu bentuk persamaan yang kita tidak mahu kerana masalah pada satu tempat boleh menimpa tempat yang lain.

Pengenalan logo baru Facebook ini juga mendapat perhatian ramai kerana keunikannya. Rata-rata, orang ramai sebelum ini menyebut Facebook dengan nada perlahan, kini mereka perlu menjerit. Ini termasuk ciapan dari CEO Twitter, Jack Dorsey.

Sumber: Facebook

BACA  Dapatkan tiket ke Reno Festive Night Run percuma dengan setiap pembelian telefon pintar Oppo