fbpx

Mavic Mini Masuki Malaysia Pada Harga Lebih Murah Daripada Spark

Dron boleh lipat terkecil DJI kini di Malaysia. Pada harga bermula RM1,599 ia adalah sebuah dron mampu milik sesuai untuk juruterbang newbis yang ingin berjinak dengan dunia kamera terbang ini.

Pada sudut fizikaliti, dalam keadaan terlipat, ia muat di dalam tangan dan tidak makan ruang yang luas. Malah, ia lebih kecil berbanding DJI Spark.

Untuk spesifikasi, dron ini miliki waktu penerbangan yang lebih panjang daripada saudara sekelas dengannya. Dengan satu cas penuh, ia mampu beroperasi selama sehingga 30 minit untuk merakam video.Tempoh jauh lebih lama daripada 15 minit pada Spark.

Di bahagian pengimejan, ia dilengkapi kamera yang distabilkan oleh gimbal tripaksi. Untuk sensor, ia menggunakan sensir 1/2.3″ yang mampu menangkap video [email protected] ataupun [email protected]

Ia masih mengekalkan DNA DJI Spark iaitu menjadi sebuah kamera terbang yang mudah dikendalikan. Mudah pada kawalan videonya, anda boleh dapatkan video taraf sinematik hanya dengan sentuhan di APP.

Namun begitu, ada satu komponen penting yang tidak dibawakan daripada Spark ke model kali ini iaitu sensor keselamatan depan dan belakang. Jadi, daripada segi keselamatan, ia perlukan ketelitian yang lebih tinggi sewaktu mengendalikannya.

Pad kawalan diberikan walaupun dengan model asas
Battery pack dan dua bateri tambahan diberikan dalam Fly More Combo

Untuk Fly More Combo, pakej ini dijual pada harga RM1,999. Dalam pakej ini, anda dapat aksesori seperti 2 bateri tambahan dan pelindung bilah. Ia lebih berbaloi berbanding Spark yang dulu tak hadir dengan alat kawalan tapi dijual pada harga RM2,288.

DJI Mavic Mini mula dijual pertengajan November 2019 manakala Fly More Combo boleh ditempah penghujung November 2019.

BACA  Realme 5 dengan harga lebih murah diperkenal di Malaysia