fbpx

Data, panggilan dan SMS tanpa had hanya RM59 dalam tawaran terbaru Unifi Mobile

Unifi Mobile kini melancarkan kempen masa terhad di mana orang ramai boleh melanggan pelan tanpa had mereka yang berharga RM99/bulan, kepada hanya RM59/bulan. Pelan ini memberikan internet, panggilan dan SMS tanpa had ke semua talian di Malaysia.

Bagaimanapun, sudah pasti ada syaratnya untuk menikmati diskaun ini. Pelanggan perlu mendaftar kontrak selama 12-bulan bagi menerima diskaun dari RM99 ke RM59/bulan. Dengan penjimatan sebanyak RM40 ini, pengguna yang mendaftar kontrak 12-bulan akan mendapat diskaun keseluruhan sebanyak RM480. Kempen ini berjalan dari 6 – 31 Disember 2019 sahaja.

Menurut soalan lazim FAQ, pengguna yang mahu mendaftar nombor baru perlu membayar wang deposit RM100, yang akan dimasukkan ke dalam bil akan datang. Pengecualian deposit diberikan kepada pengguna yang beralih dari talian lain ke Unifi Mobile secara MNP.

Seperkara lagi, FAQ juga menyatakan, pengguna sedia ada Unifi Mobile 99 tidak boleh menikmati harga diskaun ini. Ia disediakan untuk pendaftaran baharu sahaja. Sekali lagi, ini langkah biasa yang TM buat untuk promosi, hanya untuk pelanggan baru dan mengabaikan pelanggan lama.

Selain internet, panggilan dan SMS tanpa had, pelan Unifi Mobile tanpa had ini juga memberi pengguna data hotspot LTE sebanyak 10GB/bulan. Jika data hotspot ini tidak mencukupi, ia boleh dibeli pada kadar RM8 untuk 500MB dan RM15 untuk 1GB.

TM juga menyediakan pelan Unifi Mobile yang lebih murah dengan had kuota dari serendah RM19/bulan.

Jangan terlambat untuk mendapatkan diskaun pelan tanpa had Unifi Mobile ini. Ia ditawarkan sehingga 31 Disember 2019 sahaja. Boleh kunjungi laman web www.unifi.com.my, pengedar sah TM, serta mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara untuk mendaftar.

BACA  PROMO: Cabutan bertuah, hadiah percuma, diskaun dan jaminan tambahan khas di Gstore pada 11.11

Sumber: Unifi