• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Kamera iPhone 11 Pro Max di bawah taraf Xiaomi CC9 Pro dalam ujian DxOMark

  • OLEH Najib
  • 4:11 pm
  • 08/11/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua bulan dilancarkan, akhirnya iPhone 11 Pro Max menerima pemarkahan dari DxOMark. DxOMark adalah laman penguji kamera di telefon pintar yang sering menjadi rujukan pelbagai jenama untuk memberitahu dunia kehebatan kamera mereka.

iPhone 11 Pro Max menerima 117 markah keseluruhan dari DxOMark. Ia gabungan 124 markah untuk gambar dan 102 untuk video. Dengan 117 markah, iPhone 11 Pro Max menduduki tangga kedua DxOMark, sebaris dengan Galaxy Note 10+. Tetapi ia juga menandakan ia di bawah Huawei Mate 30 Pro dan Xiaomi CC9 Pro Premium yang menerima 121 markah di DxOMark.



Menurut DxOMark, mereka mendapati iPhone 11 Pro Max memiliki tahap ketajaman yang baik dalam kebanyakan ujian. Pendedahan subjek tepat dan julat dinamik juga luas dalam kebanyakan situasi. Autofokus juga pantas dan tepat.

Dari segi zum, ia memberikan prestasi yang setara dengan Mate 30 Pro dan Galaxy Note 10+, tetapi ketinggalan apabila zum lebih tinggi digunakan. Manakala hasil tangkapan gambar di lensa ultra-lebar kurang teliti dan memiliki lebih hingar.



Ruang video adalah tempat paling menyerlah kehebatan iPhone 11 Pro Max. Ia kurang hingar dan efek jeli serta memiliki kestabilan yang lebih baik, terutama sekali apabila merakam video dalam resolusi 4K.

Untuk laporan penuh berkenaan ujian kamera ini, layari laman iPhone 11 Pro Max DxOMark di sini. Di samping itu, baca juga laporan perbandingan kamera kami yang turut menguji iPhone 11 Pro Max di bawah ini.

Perbandingan Kamera: Mate 30 Pro, iPhone 11, iPhone 11 Pro Max, & Galaxy Note 10+
Tags: appledxomarkiPhone 11 Pro Max
Najib

Najib

POPULAR

Kamera iPhone 11 Pro Max di bawah taraf Xiaomi CC9 Pro dalam ujian DxOMark

8 November 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN