• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Todak Studios Bakal Pamer Game 100% Buatan Malaysia Di Level Up Play 2019

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:43 pm
  • 08/11/2019
  • Komen
Todak Studios Bakal Pamer Game 100% Buatan Malaysia Di Level Up Play 2019
Share on FacebookShare on Twitter

Biasanya nama Todak sinonim dengan kerusi gaming premium. Mereka ada Todak Alpha Premium Gaming Chair dan Todak Alpha Standard Gaming Chair. Tapi tak lama lagi todak akan memperluas sempadan “operasi” mereka kerana mereka kini sedang membangunkan sebuah permainan yang dibangunkan Todak Studios dan Studio Kamii.

Mereka dijadualkan membuka reruai di Level Up Play 2019 dan memanggil pengunjung yang berminat untuk menjadi penguji beta untuk permainan yang diberi nama ToGather Island.



ToGatherIsland adalah permainan bergenre survivor seperti Minecraft. Dalamnya, anda mengawal seorang yang tersadai di pulau asing dan perlu meneruskan hidup dengan cara mengeksploitasi sumber-sumber yang ada atas pulau tersebut. Seperti biasa, anda boleh kraf dan bina benda-benda tertentu yang kemudiannya akan anda tambah baik seiring dengan perkembangan permainan.

Konsep permainannya agak menarik dengan inspirasi daripada banyak permainan arus perdana. Selain Minecraft, saya juga nampak unsur seperti Virtual Villagers pada rekaan karakter, Maplestory untuk rekaan golem-nya, rekaan ayam nampak seperti daripada Harvest Moon, malah rumah di atas ketam nampak seperti daripada Howl’s Moving Castle



Tak sabar rasanya untuk lihat permainan ini tiba ke pasaran.

Untuk anda yang tak tahu, pada hari Sabtu dan Ahad (9 dan 10 November 2019) akan berlangsungnya Level Up Play 2019 di Kuala Lumpur Convention Center. Jerayawara ini dikhususkan untuk pembangun permainan digital dan peminatnya dan Todak ialah salah satu penganjur yang menjayakannya.

Ada pelbagai aktiviti menarik akan berjalan, tiket masuk cumalah RM10 tapi anda berpeluang untuk dapatkan banyak freebies daripada pempamer yang membua reruai di sana untuk itu anda boleh rujuknya di halaman rasmi Level Up Play 2019.

Tags: gaminglevel up play 2019todak
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Todak Studios Bakal Pamer Game 100% Buatan Malaysia Di Level Up Play 2019

Todak Studios Bakal Pamer Game 100% Buatan Malaysia Di Level Up Play 2019

8 November 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

25 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN