• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Jabra umum naik taraf jaminan ke penggantian 1-ke-1

  • OLEH Najib
  • 5:52 pm
  • 11/11/2019
  • Komen
Jabra umum naik taraf jaminan ke penggantian 1-ke-1
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat produk audio Jabra selepas ini boleh menikmati produk Jabra dengan lebih ketenangan minda. Jabra kini menawarkan penggantian 1-ke-1 untuk produk mereka yang masih di dalam jaminan. Ia sebagai komitmen Jabra memberikan pengalaman lebih lancar buat pengguna.

Jaminan 1-ke-1 Jabra ini meliputi semua produk di dalam siri Elite serta set kepala dan fon kepala mono Bluetooth Jabra. Pengguna tidak lagi perlu menunggu produk untuk dibaiki. Selepas disemak tiada kerosakan fizikal dan disahkan kerosakan oleh pengeluar, pembeli akan terus menerima sebuah unit baru tanpa perlu lagi pergi ke pusat servis berulang kali.



Sebelum membuat tuntutan jaminan, pembeli perlu mendaftarkan dahulu produk Jabra mereka dalam talian di sini. Ia untuk memastikan Jabra menyimpan maklumat pengguna bersama nombor siri produk.

Bagi menguruskan tuntutan, Jabra melantik Highpoint Network Service Sdn Bhd sebagai pusat servis rasmi mereka. Jabra memilih Highpoint Network kerana rekod baik mereka yang telah menguruskan jaminan pelbagai jenama lain antaranya Acer, Samsung dan Canon.



Pengguna Jabra yang berhadapan masalah dan mahu membuat tuntutan jaminan, boleh berbuat demikian dengan melawat mana-mana cawangan pusat servis Highpoint Network di UEP Subang dan Plaza Lowyat, Kuala Lumpur.

Selain pengumuman jaminan 1-ke-1, Jabra turut menyatakan mereka kini mengadakan peraduan cabutan bertuah dengan hadiah berjumlah RM22,000 disediakan. Antara hadiah tersebut ialah iPhone 11, ipad, telefon pintar Huawei, TV 48-inci dan jam pintar Garmin.

Pembeli produk Jabra siri Elite dan Move layak untuk menyertai cabutan bertuah ini. Pengguna perlu mendaftar dalam talian di sini selepas membuat pembelian, untuk memasukkan nama mereka ke dalam cabutan bertuah tersebut.

Kempen ini berjalan dari 1 November hingga 31 Disember 2019 dan pendaftaran perlu dibuat sebelum 31 Disember 2019. Pemenang akan diumumkan menerusi Facebook Jabra pada minggu kedua Januari 2020.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Jabra, layari laman web www.elitesoundmalaysia.com.

Tags: Jabra
Najib

Najib

POPULAR

Jabra umum naik taraf jaminan ke penggantian 1-ke-1

Jabra umum naik taraf jaminan ke penggantian 1-ke-1

11 November 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER