fbpx

Anda Jumpa Pengecas USB Murah? Fikir Banyak Kali Sebelum Belinya

Saya, tentu sekali anda, ada banyak kelengkapan elektronik yang dicas menggunakan USB dan cara yang paling mudah untuk mengecas mereka adalah menggunakan hub multiport. Tambahan pula dengan berlangsungnya pelbagai promosi menarik di platform dalam talian, pastinya ada produk sebegini yang ditawarkan pada harga promosi.

Apabila lakukan carian, saya dapati julat harga pengecas berbilang port ini sangat luas. Contohnya, pengecas di bawah ini ada 4 port USB yang boleh bekerja seuat 30W dan salah satu daripada portnya menyokong pengecasan pantas QC 3.0 pada harga RM11.83 saja.

Menerima 529 rating dan terjual sebanyak 969, sudah tentu anda rasakan yang ia produk yang berkualiti. Dimomokkan pula dengan gambar produk yang cantik, saya sendiri hampir di-“racun” untuk dapatkannya. Lebih menarik, jika anda beli dua, anda perlu bayar RM19.90 saja.

Wau, dapat UK Plug pula tu!
Sokong QC3.0 ada teknologi pintar?!

Tapi, jangan masukkan dalam cart dulu. Saya temui satu laman web ini yang pengendalinya gemar menguji produk-produk pengecas seperti ini kerana ia sangat berbahaya. Di menyimpulkan yang produk ini:

  1. miliki output yang lebih rendah daripada yang diiklankan serta tahap hingar yang tinggi
  2. rekaan papan litar yang berbahaya dan disarankan untuk tak gunakannya

Dalam pemeriksaannya, dia telah menguji seunit pengecas berjenama Xedain model KeKe-QC-4. Tapi jika lihat pada fizikalitinya, saya yakin yang ia hadir daripada kilang OEM yang sama, cuma jenamanya saja dicap kemudian.

Model yang diuji, produk daripada China

Selain lakukan ujian mengecas, dia juga membedah unit itu untuk lihat rupa papan litarnya. Salau satu kelemahan yang diutarakan adalah pada salah satu kapasitor keselamatan yang digunakannya. Menurutnya, seunit kapasitor 8kV perlu digunakan tapi yang digunakan pada produk ini cumalah 1kV. Dia juga mendapati yang litar untuk voltan input dan output tidak dijarakkan secukupnya. Kurang daripada 3.5mm, risiko untuk litar pintas sangat tinggi.

BACA  Realme X2 Pro: Buka Kotak & Hands-on
Rupa papan litar
Kapasitor keselamatan yang diperlukan adalah 8kV tapi pengeluar hanya berikan 1kV
Jarak antara litar input dan output kurang daripada 3.5mm dikatakan berbahaya

Sudahnya, hub pengecas USB mana yang elok?

Laman web yang sama juga ada sejumlah produk yang dikatakannya selamat kerana melepasi tahap minimum ujiannya. Contohnya, saya berminat dengan produk Aukey PA-S11 ini.

Ia ada empat port USB dengan arus maksimum satu port sehingga 2.4A manakala untuk seluruh sistem setingga 6A. Maksudnya, jika anda gunakan semua port, setiap port boleh bekalkan 1.5A arus dan tentunya ia bukan pegecasan pantas.

Tapi, ia ada soket pass through. Ini menarik kerana jika anda ada soket elektrik yang terhad, anda tak perlu korbankan satu soket hanya untuk pengecas USB. Tapi lihat saja harganya, RM159 ringgit, saya boleh beli lebih daripada 10 pengecas yang berbahaya tadi.

Untuk Aukey PA-S11, saya samakan dengan model PA-S12 yang diujinya. Kesimpulan yang dikongsikan adalah:

  1. Pengecas kekal sejuk walaupun bekalkan 6A arus terus menerus selama sejam kerana di transformernya ada heatsink
  2. Tahap hingar yang sangat rendah semasa beroperasi
  3. Setiap satu port USB ada dilindungi komponen khas
  4. Pada bahagian input ada fuse dan kapasitor keselamatan
Aukey PA-S11 sewaktu semua port digunakan miliki suhu tertinggi 48.2 darjah Celcius
Xedain KeKe-QC-4 sewaktu semua port digunakan miliki suhu tertinggi 79.3 darjah Celcius

Bahagian papan litar Aukey PA-S12
Setiap USB ada komponen keselamatannya tersendiri dan transformer dilengkapi heatsink tersendiri

Ada banyak produk pengecas USB yang diuji dalam laman web itu. Saya dapati yang maklumat yang dikongsinya sangat berguna dan boleh dijadikan rujukan sebelum anda lakukan pebelian.