fbpx

Pengimbas capjari dalam skrin mungkin akan ditambah ke dalam Apple Watch

Apple Watch adalah satu jam pintar dilengkapi pelbagai fungsi hebat bukan sahaja untuk memantau kesihatan, malah membantu urusan hidup setiap hari. Bagi menambah lagi fungsi keselamatan pada Apple Watch, Apple dilihat akan memasang Touch ID atau pengimbas capjari padanya.

Perkara ini ditemui di dalam satu paten baru di Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat (USPTO) oleh Patently Apple. Dalam paten tersebut, Apple mencadangkan pengesan sentuhan, pengesan tekanan, pengesan suhu dan/atau pengimbas capjari boleh diletakkan di belakang skrin.

Dengan Apple Watch, pengguna boleh membuat pembelian menerusi Apple Pay serta membuka kunci Macs dan iPhone berhampirannya. Tetapi dengan Touch ID, ia boleh menambah lapisan keselamatan untuk memastikan hanya pemilik sebenar yang menggunakan Apple Watch dan melaksanakan fungsi tambahan tersebut.

Fokus utama paten ini sebenarnya ialah memperkenalkan idea untuk mengubah antena dari badan jam ke tali jam, memberi lebih ruang untuk memuatkan lebih banyak komponen di bawah skrin atau bateri lebih besar. Tetapi ini mungkin mengehadkan pilihan untuk menukar tali jam, selain cabaran untuk memuatkan antena WiFi, 4G dan Bluetooth di tali jam sambil memastikan ia tahan lama.

Bagaimanapun, ini hanyalah pendaftaran paten. Tiada jaminan ia akan benar-benar muncul di Apple Watch akan datang, malah mungkin tidak akan tiba langsung. Tetapi ini memberi idea bagaimana invoasi yang difikirkan Apple untuk dimuatkan dalam produk mereka di masa kana datang.

Sumber: TechRadar, Patently Apple

BACA  Jabra umum naik taraf jaminan ke penggantian 1-ke-1