• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Edar Telefon Empat Kali Lebih Banyak Berbanding Tahun Yang Sebelumnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:23 pm
  • 12/11/2019
  • Komen
Mari Mengenal realme 5 Pro Quadcamera SpeedMaster
Share on FacebookShare on Twitter

Agensi statistik IDC telah keluarkan laporan suku ketiga tahun 2019 untuk pengedaran telefon pintar di India. Rata-rata pengeluar telefon mencatatkan pertumbuhan tapi Realme mencatatkan pertumbuhan superpesat apabila mengedarkan 6.7 juta telefon dalam tiga bulan terakhir ini berbanding 1.3 juta dalam suku 3 tahun 2018. Ia diterjemahkan kepada pertumbuhan sebanyak 401.3%.

Walaupun masih jauh untuk mengejar angka Xiaomi, sekurang-kurangnya Realme merapatkan jurangnya sekali ganda untuk berada dibelakang Xiaomi sebanyak 5.9 juta unit. Ia adalah prestasi yang harus dipuji jika melihat pada variasi model telefon yang ditawarkan Realme berbanding Xiaomi yang jauh lebih komprehensif.



Nama besar seperti Apple dan Huawei nampaknya tenggelam didalam kategori Others yang cuma miliki pegangan pasaran sebanyak 12.7%. Lebih menarik, Vivo, Realme, dan OPPO bernaung dibawah syarikat yang sama iaitu BBK Electronics, jika itu diambil kira, 41.3% daripada telefon yang diedarkan dalam pasaran India pada suku 3 2019 hadir daripada pihak yang sama.

Antara dapatan yang dikongsikan pihak IDC adalah seperti segmen harga patut terus mendominasi pasaran telefon pintar. Telefon beharga RM1,000 kebawah mendominasi 80% pasaran India manakala RM1,000 ke RM2,000 ada 18.9% dan selebihnya adalah model premium.



Untuk pasaran premium, Apple terus mendominasi lebih separuh pegangan pasaran dengan model seperti iPhone XR, iPhone 8, dan iPhone 7 (128GB) bersama-sama dengan model baru seperti siri iPhone 11.

Sumber: IDC

Tags: idcindiaRealme
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mari Mengenal realme 5 Pro Quadcamera SpeedMaster

Realme Edar Telefon Empat Kali Lebih Banyak Berbanding Tahun Yang Sebelumnya

12 November 2019
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung One UI 9 boleh kunci telefon anda secara kekal selepas 13 kali salah PIN

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN