fbpx

Dapatkan tiket ke Reno Festive Night Run percuma dengan setiap pembelian telefon pintar Oppo

Oppo Malaysia akan mengadakan acara larian Oppo Reno Festive Night Run pada 21 Disember 2019 di KL Sports City, Bukit Jalil. Tiket ke acara tersebut perlu dibeli tetapi jika anda membeli mana-mana telefon pintar Oppo antara 12 November hingga 15 Disember, anda boleh menerima 1 tiket ke acara larian ini secara percuma.

Terdapat 2 kategori yang terdapat dalam acara larian ini iaitu Fun Run 5KM (13 tahun ke atas) dan 10KM (16 tahun ke atas). Tiket untuk menyertai acara ini dijual pada haga RM55 untuk kategori 5KM dan RM70 untuk 10KM. Tetapi untuk 500 pendaftar terawal sebelum 22 November, akan menerima diskaun sebanyak RM5.

Bagi pembeli telefon pintar, tiket percuma boleh ditebus di laman RacexAsia di sini. Manakala untuk yang berminat menyertai dan membeli tiket pendaftaran, boleh berbuat demikian di sini.

Setiap penyertaan akan menerima t-shirt Dri-fit New Balance serta pelbagai hadiah tajaan menarik, manakala medal diberikan selepas tamat larian. Hadiah juga disediakan untuk pelari terpantas kategori 10KM berupa wang tunai, telefon pintar Oppo Reno2 dan trofi. Hadiah berjumlah RM10,000 turut disediakan untuk semua peserta dan diberikan dalam bentuk cabutan bertuah.

Adakah anda berminat untuk menyertai larian ini dan memenangi hadiah yang disediakan Oppo? Segera mendaftar sebelum ia ditutup. Maklumat lanjut boleh didapati di laman Oppo Reno Festive Night Run.

BACA  Oppo Reno 10x zoom kembali menyengat dengan prestasi lebih hebat