• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Laptop dwi-skrin 4K pertama di dunia dilancar di Malaysia pada harga bermula RM12,999

  • OLEH Najib
  • 2:40 pm
  • 14/11/2019
  • Komen
Laptop dwi-skrin 4K pertama di dunia dilancar di Malaysia pada harga bermula RM12,999
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Malaysia hari ini melancarkan laptop mereka yang memiliki dwi-skrin, ZenBook Pro Duo dan ZenBook Duo. Ia turut dilengkapi dengan prestasi tinggi seperti CPU Intel Core i9 dan GPU NVIDIA GeForce RTX2060.

ZenBook Pro Duo dikuasakan oleh cip pemproses Generasi ke-9 Intel Core i9, digabungkan dengan RAM DDR4 sehingga 32GB. Ia datang tersedia dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060, serta storan PCIe 3.0 x4 SSD dengan kapasiti sehingga 1TB.



ZenBook Pro Duo ini turut datang dengan skrin sentuh OLED 15.6-inci, beresolusi 4K UHD. Seolah-olah memiliki rekaan tanpa bingkai, ia memaparkan nisbah skrin-ke-badan sehingga 89%. Sekali gus, memberi pengguna lebih banyak skrin dan kurang gangguan.

Penambah baikan yang paling ketara pada model terbaru siri ZenBook Pro kali ini adalah ia terbina dengan skrin sentuh kedua yang terletak diatas papan kekunci. Dipanggil ScreenPad Plus, ia adalah skrin sebesar 14 inci, berfungsi sama seperti standard skrin kedua dalam Windows.



Skrin kedua yang beresolusi 4K dengan kelebaran penuh itu juga membolehkan para pengguna menjalankan pelbagai aktiviti dalam masa serentak. Kegunannya boleh diluaskan lagi dengan pen stylus yang disertakan bersama.

Laptop berkuasa tinggi ini akan dijual di Malaysia dengan harga bermula dari RM12,999 dengan hanya satu pilihan warna iaitu biru.

Tags: asusASUS Zenbook Pro Duo
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Laptop dwi-skrin 4K pertama di dunia dilancar di Malaysia pada harga bermula RM12,999

Laptop dwi-skrin 4K pertama di dunia dilancar di Malaysia pada harga bermula RM12,999

14 November 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN