fbpx

Legenda Telefon Boleh Lipat RAZR Kembali Dengan Perisa Android

Pada zaman dahulu kala, Motorla RAZR adalah sebuah telefon yang ikonik dalam kalangan pengguna telefon. Membuka telefon gaya buka kerang terus mencuri perhatian orang yang memandang. Ikon ini kembali semula dalam tahun 2019 dan pada kali ini ia dikemas kini untuk selari dengan aliran semasa.

Daripada segi rekaan, RAZR 2019 mengekalkan DNA sebelumnya. Jadi, anda boleh nampak bahagian dagu yang besar dan ada butang fizikal padanya yang turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Ia ada paparan sekunder yang boleh digunakan sebagai viewfinder, mengawal Google Assistant, membaca mesej dan sebagainya.

Tapi bila telefon ini dibuka, anda dihidangkan dengan paparan plastik mudah lentur. Tiada lagi papan kekunci fizikal berbanding sebelumnya. Itulah cabaran yang perlu ditempuhi Motorola dan semua pengeluar peranti boleh lipat masa ini, iaitu mereka cipta engsel yang utuh.

Uniknya RAZR ini berbanding pesaingnya adalah apabila telefon ditutup, paparannya dilipat rapat tanpa ruang pada bahagian engsel. Ia berpunca daripada rekaan egsel unik pada telefon ini tidak seprti Galaxy Fold dan Mate X.

Menjlankan sistem operasi Android, Motorola RAZR bukanlah sebuah telefon berspesifikasi flagship. Ia ada Snapdragon 710 dengan satu kamera depan dan satu kamera belakang yang turut berfungsi sebagai kamera selfie apabila telefon terlipat.

Ia ada paparan 6.2″ OLED dengan gabungan RAM dan storan 6GB dan 128GB. Paparan sekundernya adalah bersaiz 800 x 600 sebesar 2.7″. Di bahagian pengimejan, ia ada kamera 16MP dan kamera 5MP di bahagian dalam pelipat telefon. Menguasakan telefon ini adalah sebuah bateri berkapasiti 2,510mAh yang agak kecil tapi berpadanan dengan telefon sekecil ini.

Namun, menurut pengamal media yang sudah memegang telefon ini, ia mengunakan e-SIM dan tentunya sukar untuk telefon ini beroperasi kalau masuki pasaran Malaysia. Setakat ini, ia hanya boleh didapati di A.S. kerana hanya telco Verizon di sana menerim tempahan memilikinya.

BACA  Telenor melabur dan menggabungkan Carousell dan Mudah tetapi kekalkan operasi berbeza

Ia boleh ditempah pada harga USD 1,500 (RM 6,240) bermula 26 Disember 2019 dan mulai dijual pada 9 Januari 2019.

Sumber: Verizon