fbpx

Pemberian Kad SIM Percuma Di Tanjung Piai Jadi Tanda Tanya

16 November 2019 akan berlangsungnya satu Pilihan Raya kecil di Johor dan ia melibatkan Parlimen Tanjung Piai. Ia berikutan kekosonga kerusi selepas penyandang terdahulu, Dr. Md. Farid Md. Rafiq daripada Bersatu telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Dalam Pilihan Raya ke-14 dulu, Md. Farid telah menang majoriti sebanyak 524 menentang Wee Jeck Seng (MCA) yang beroleh 20,371 undi manakala wakil PAS menerima 2,962 undi.

Tapi yang menjadi tanda tanya adalah terdapat laporan tentang pemberian kad SIM percuma di salah satu ceramah oleh parti yang bertanding. Ia menimbulkan ketakselesaan oleh parti bertanding lain yang mengaitkannya sebagai rasuah.

Pengeluar kad SIM yang terpapar di dalam gambar yang dikongsikan Tuan Wee Ka Siong terus mengutuskan di laman Twitter rasmi mereka bahawa ia tiada kaitan dengan mereka. Ia tidak pelik kerana sesiapa saja boleh beli dan edarkan kad SIM yang belum berdaftar.

Jika dulu parti mengedarkan beras-beras dan barang keperluan harian, pemberian kad SIM ini adalah unik. Hal ini kerana, sesiapa saja yang ambil dan daftarkan kad SIM tersebut sudah tentu boleh dihubungi oleh pihak pengedar untuk apa-apa tujuan sekalipun termasuklah mengedarkan propaganda.

Sebanyak tiga laporan sudahpun dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan insiden pelanggaran akta pilihan raya dan salah satunya adalah pemberian kad SIM tersebut.

BACA  Lazada beri pampasan jika tempahan lambat sampai dari tarikh yang ditetapkan

Berikut adalah senarai kesalahan yang direkodkan SPRM sepanjang tempoh berkampen untuk pilihan raya tersebut sehingga 8 November 2019.

Parlimen Tanjung Piai terbahagi kepada dua ADUN, satu Pekan Nenas dan satu lagi Kukup. Daripada sudut demografi, Pekan Nanas ada 26,608 pengundi dan hampir separuh daripadanya ada pengundi Cina. Ia berbeza dengan Kukup apabila daripada 26,920 pengundi berdaftar, 60 peratus daripadanya adalah pengundi Melayu.

Pilihan Raya kecil Tanjung Piai ini menyaksikan pertembungan enam penjuru dan calon-calonnya ialah:

  • Kermaine Sardini (PH)
  • Wee Jeck Seng (BN)
  • Wendi Subramaniam (Gerakan)
  • Badhrulhisham ABdul Aziz (Berjasa)
  • Ang Chuan Lock (bebas)
  • Faridah Aryani Abdul Ghaffar (bebas)

Sumber: Gambar Pemuka