Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Honor 9X diperkenal di Malaysia mengikut spec UK, tidak sama dengan China

Honor Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar Honor 9X, menggantikan model Honor 8X yang memiliki ramai peminat Malaysia. Model terbaru ini menambah beberapa perkara baru antaranya port USB-C dan skrin penuh tanpa takuk.

Tetapi seperti yang dijangka, Honor 9X yang dilancarkan di Malaysia memiliki spesifikasi yang sama dengan UK, berbeza dari China. Perkara paling penting ialah, Honor 9X di Malaysia dikuasakan pemproses Kirin 710F, bukan Kirin 810 seperti di China.

Skrin Honor 9X tiada takuk dan lubang kerana ia menggunakan modul pop-up untuk menyembunyikan kamera depan. Skrin LCD ini berukuran 6.59-inci dengan resolusi HD Penuh.

Kamera hadapannya 16MP dan di belakang pula terdapat tiga kamera. Tiga kamera tersebut ialah kamera utama 48MP, kamera super lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera ini dilengkapi penstabil imej AIS serta mod malam Huawei yang sangat menawan.

Satu perkara menarik yang dikongsi oleh Honor Malaysia ialah, kamera hadapan ini apabila dikeluarkan, boleh menahan tekanan sehingga 15kg. Honor Malaysia membuat demonstrasi sendiri bagi membuktikan perkara tersebut.

Bateri di dalam Honor 9X berkapasiti 4,000mAh dan kali ini, ia menggunakan port USB-C untuk mengecas. Sayangnya, ia tidak menyokong pengecasan pantas, kekal dengan pengecas biasa 10W.

Honor menyediakan dua warna pilihan untuk Honor 9X iaitu biru dan hitam. Warna hitam kelihatan agak biasa tetapi warna biru memiliki kemasan belakang berbentuk X.

Honor 9X kekal murah di Malaysia, dijual pada harga RM999 sahaja dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia boleh dibeli dalam talian bermula dari 28 November dan di Stor Honor pada 29 November 2019.

Tempahan awal akan dibuka dari 22-27 November 2019, secara eksklusif di laman HiHonor dan Lazada. Sudah pasti, tawaran istimewa disediakan untuk tempahan awal ini.

BACA  Tawaran Umrah Oktober palsu, Arab Saudi masih tutup pintu Mekah dan Madinah

Pembeli di tempahan awal boleh memilih hadiah percuma Honor Band 5 Sport serta sekotak hadiah, atau menambah RM0.99 untuk menerima Honor Sport Pro Headphones.

Honor Sport Pro headphones

Untuk pembelian selepas tempahan awal, pembeli Honor 9X turut menerima hadiah percuma berupa Honor Band 5 Sport dan sekotak hadiah, atau membeli Honor Sport Pro Headphones pada harga RM199 sahaja (harga rasmi RM299). Tawaran ini sehingga 1 Disember 2019 sahaja atau selagi stok masih ada.

Tunggu apa lagi, kalau berminat dengan Honor 9X ni segera membuat tempahan awal dan tambah RM0.99 untuk dapatkan fon kepala Bluetooth baru, Honor Sport Pro Headphones.