• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rangkaian digital Ookyo di ambang kepupusan

  • OLEH Najib
  • 12:09 pm
  • 22/11/2019
  • Komen
Rangkaian digital Ookyo di ambang kepupusan
Share on FacebookShare on Twitter

Ookyo merupakan rangkaian digital yang beroperasi menggunakan talian Maxis yang lahir pada 2 tahun lepas. Ia menawarkan pakej internet tanpa had untuk aplikasi terpilih pada kadar RM30/bulan. Kini ia mengumumkan akan menutup operasi dan mengubah semua pelanggan kepada Hotlink RED.

Menurut laman web Ookyo, berkuatkuasa 21 Januari 2020, semua pelanggan Ookyo akan dipindahkan ke pelan Hotlink RED. Pendaftaran baru Ookyo tidak lagi akan diterima selepas 21 November 2019. Tetapi jika anda mendaftar sebelum 21 November, kad SIM anda masih akan dihantar dan anda boleh menikmati tawaran Oookyo sehingga 21 Januari 2020.



Sebagai menghargai pengguna, Ookyo menawarkan pelan eksklusif apabila mereka dipindahkan ke Hotlink Red kelak. Pengguna akan menerima 8GB data bersama pek sosial tanpa had (Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat and Pinterest) yang sah digunakan selama 30 hari pada kadar RM30/bulan (harga biasa RM45/bulan). Tawaran ini sah selama 12 bulan pertama sahaja.

Jika ada baki kredit di dalam akaun Ookyo, ia akan dibawa ke akaun Hotlink RED dan boleh diuruskan menerusi aplikasi Hotlink RED. Manakala baki dompet Google Play, harus ditebus selewat-lewatnya pada 20 Januari 2020. Sebarang baki tidak akan dipindahkan. Maklumat lanjut tentang perpindahan ini boleh dirujuk di ruangan soalan lazim FAQ.



Ookyo adalah salah satu rangkaian digital yang lahir bersama Tapp oleh Digi dan Yoodo oleh Celcom. Ia menawarkan data tanpa had untuk aplikasi pilihan pada kadar RM30/bulan sahaja. Malah, pengguna juga akan menerima ganjaran dalam bentuk 10% cashback kredit Google Play.

Tetapi Ookyo memerlukan pengguna mengaktifkan VPN bagi menikmati data tanpa had ini. Kerana itu, ia hanya boleh digunaka di Android sahaja, tidak di iOS. Malah, pengguna juga tidak boleh mendapatkan bantuan dari manusia sebenar, hanya boleh berbicara dengan chatbot sahaja.

Untuk pengguna Ookyo sedia ada, jangan lupa untuk menggunakan baki Google Play anda segera. Adakah anda akan menurut kehendak Ookyo untuk berpindah ke Hotlink RED atau berpindah ke talian lain?

Sumber: Lowyat

Tags: hotlinkHotlink REDookyo
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER