fbpx

Realme X2 Pro akan datang atau tidak ke Malaysia?

Realme X2 Pro adalah telefon pintar terbaru yang berkuasa tinggi. Ia telah lulus pengesahan SIRIM yang membenarkan ia digunakan di Malaysia, sekaligus membolehkan ia dijual di Malaysia. Walaupun masih belum diumumkan tarikh ketibaannya, Realme Malaysia dilihat cuba menarik perhatian ramai tentang Realme X2 Pro.

Realme Malaysia kini menjalankan kempen SHARE NOW to WIN Realme X2 Pro di Facebook rasmi mereka. Mereka meminta orang ramai untuk berkongsi video yang dimuat naik di Facebook Realme Malaysia dan akan memberikan hadiah berupa telefon pintar Realme X2 Pro dan beberapa hadiah lain jika mencecah sasaran.

Caranya, LIKE Facebook Realme Malaysia, kemudian kongsikan video ini di ruangan Facebook anda, pastikan ia ditetapkan ke Public. Itu sahaja. Tetapi sasaran harus dicapai sebelum tamat pada hari esok, 23 November 2019. Sasaran dan hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:

  • 500 share; 1x realme X2 Pro
  • 1000 share; 1x realme X2 Pro + 5x realme Buds 2
  • 1000 share; 1x realme X2 Pro + 3x realme Tote Bag
  • 1500 share; 1x realme X2 Pro + 3x realme Power Bank
  • 3,000 share; 1x realme X2 Pro + 3x realme Buds wireless
  • 7,000 share; 2x realme X2 Pro + 5x realme Buds wireless
  • 10,000 share; 3x realme X2 Pro + 10x realme Buds wireless

Jangan tunggu lagi dan pergi bertindak sekarang. Kalau tak menang pun, kita mesti pastikan Realme X2 Pro ni dijual di Malaysia.

Untuk yang belum kenal, Realme X2 Pro adalah model pertama Realme yang dibekalkan pemproses Qualcomm kelas flagship, Snapdragon 855+ bersama RAM sehingga 12GB serta storan dalaman sehingga 256GB dari jenis UFS3.0.

Skrinnya sebesar 6.5-inci dari jenis Super AMOLED dengan kadar refresh rate sehingga 90Hz serta takuk kecil yang memuatkan kamera hadapan 16MP. Paparan ini dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5 serta pengimbas capjari di dalam skrin. Malah ia diapit oleh pembesar suara stereo di atas dan bawah telefon dengan teknologi Dolby Atmos. Jek audio 3.5mm juga masih terdapat padanya.

BACA  Celcom membuat kerja migrasi berjadual, pengguna mungkin berhadapan gangguan data & panggilan

Untuk kamera, Realme X2 Pro menggunakan empat kamera belakang. Kamera utamanya 64MP F1.8 dari sensor Samsung GW1, bersama kamera telefoto 13MP F2.5 yang berupaya mengezum hibrid 20x, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera pengesan kedalaman 2MP.

Bateri di dalamnya berkapasiti 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 50W melalui sambungan USB-C. Ia boleh mengecas penuh telefon dalam masa 35 minit sahaja.

Sumber: Realme