Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Unifi Plus Box berkeupayaan 4K akan diperkenal tidak lama lagi?

Unifi TV adalah perkhidmatan IPTV yang diberikan oleh Unifi kepada pelanggan Unifi. Tetapi hanya pengguna 100Mbps ke atas sahaja boleh mendapatkan Set-Top-Box (STB) Unifi TV. Manakala aplikasi Unifi TV boleh diakses oleh semua.

Telekom Malaysia (TM) sudah lama tidak mengemaskini tawaran Unifi TV, tetapi hari ini khabar angin bertiup kencang tentangnya. TM dikatakan akan memperkenalkan STB baru yang dipanggil, Unifi Plus Box.

Dari gambar kotak yang dikongsikan, Unifi Plus Box menggunakan platform AndroidTV 9.0, dikuasakan CPU 4-teras dan 2GB RAM. Ia menyokong resolusi Ultra HD serta sistem bunyi Dolby Digital. Ia turut dilengkapi beberapa aplikasi tv strim seperti YouTube, BBC player, YuppTV, dimsum dan banyak lagi.

Manakala dalam satu slide pembentangan pula, ia menunjukkan Unifi Super Box memiliki antaramuka Android TV yang diubahsuai kepada Unifi TV. Dalam antaramuka tersebut, ia telah sedia dipasang dengan aplikasi antaranya Netflix dan iflix. Adakah ia menjadi sebahagian dari tawaran Unifi masih tidak diketahui.

Di laman web AndroidTV Guide yang menyenaraikan pelbagai produk Android TV, mereka telah memuat naik maklumat tentang STB Unifi Super Box. Ia dihasilkan oleh Skyworth dengan model nombor HP40A3, dikuasakan SoC Amlogic S905X2 dengan 4-teras Cortex-A53 1.8GHz, GPU ARM Mali-G31 MP2, RAM 2GB dan storan 8GB.

Dalam pertanyaan kepada TM tentang perkara ini, jawapan mereka adalah seperti berikut:

“Terima kasih atas soalan anda. Kami sentiasa berinovasi dan meneroka pelbagai cara untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami. Jika ada sebarang perkembangan atau pelancaran produk-produk baharu, kami akan kongsikannya menerusi saluran-saluran rasmi kami.”

Pendek kata, TM tidak mahu mengesahkan atau menafikannya. Jadi penantian perlu diteruskan sehingga TM menafikannya.

BACA  BigPay kurangkan had tambah nilai kad kredit kepada separuh

Sumber Lowyat, Lowyat Forum