• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini peluang untuk jadi orang terawal memegang Mi Note 10 Pro

  • OLEH Najib
  • 1:41 pm
  • 25/11/2019
  • Komen
Ini peluang untuk jadi orang terawal memegang Mi Note 10 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia akan melancarkan siri Mi Note 10 di Malaysia pada 3 Disember 2019. Jika anda berminat untuk menjadi yang terawal menguji dan mencuba Mi Note 10 Pro, anda boleh menyertai peluang yang dibuka ini.

Xiaomi Malaysia kini mencari 100 orang Mi Experiencer untuk menjadi orang terawal mencuba telefon pintar Mi Note 10 Pro. Mereka yang terpilih, akan diberi masa selama 2 minggu untuk mengujinya.



Tetapi terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk menyertai. Deposit sebanyak RM500 perlu diberikan dan akan diberikan semula, jika telefon dipulangkan dalam keadaan baik, tiada kerosakan dan tiada calar. Jika terdapat kerosakan dan calar, pengguna perlu membeli unit tersebut dan harga penuh telefon perlu dibayar.

Kena Bayar RM500!

Deposit juga tidak akan diberikan semula jika telefon tidak dipulangkan pada masa yang ditetapkan. Jika tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, deposit ini juga akan lebur. Tindakan undang-undang akan diambil jika telefon tidak dipulangkan.



Jika syarat-syarat ini boleh dipenuhi dan anda sangat berminat untuk menjadi penguji terawal, maka bolehlah mendaftar di sini. Isi butir-butir peribadi dan pilih lokasi Mi Store untuk mengambil peranti. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 29 November 2019.

Mi Note 10 dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 730G bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Ia memiliki 5 kamera belakang dengan kamera utama 108MP dan dinobatkan di kerusi pertama oleh DxOMark, setanding dengan kamera Huawei Mate 30 Pro.

Skrinnya berukuran 6.47-inci dari jenis AMOLED, dengan lengkung di kedua belah sisi serta resolusi HD Penuh. Bateri di dalamnya sangat besar, 5,260mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 30W USB-C PD, bersama blok pengecas 30W diberikan bersama.

Sumber: Xiaomi

Tags: xiaomixiaomi mi note 10Xiaomi Mi Note 10 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Ini peluang untuk jadi orang terawal memegang Mi Note 10 Pro

Ini peluang untuk jadi orang terawal memegang Mi Note 10 Pro

25 November 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN