• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro dengan kamera 108MP akan dilancar di Malaysia bulan depan

  • OLEH Najib
  • 6:16 pm
  • 20/11/2019
  • Komen
Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro dengan kamera 108MP akan dilancar di Malaysia bulan depan
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya telefon pintar Xiaomi dengan kamera nombor 1 di DxOMark akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Lebih menarik lagi, bukan satu tetapi dua model Mi Note 10 akan dilancarkan bulan depan.

Perkara ini kami temui menerusi satu hantaran video yang menunjukkan papan iklan elektronik berhampiran pusat membeli-belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia menujukkan iklan tentang Mi Note 10 dan tertulis tarikh pelancarannya di Malaysia pada pukul 2 petang, 3 Disember 2019.



Lebih menarik lagi, ia turut menyatakan Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro akan diperkenalkan. Sehingga waktu berita ini ditulis, Mi Note 10 telah pun dilancarkan di Eropah tetapi Mi Note 10 Pro masih belum diperkenalkan ke khalayak umum.

Mi Note 10 | Mi Note 10 Pro

Dari halaman Xiaomi Global, Mi Note 10 dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 730G bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Ia memiliki 5 kamera belakang dengan kamera utama 108MP dan dinobatkan di kerusi pertama oleh DxOMark, setanding dengan kamera Huawei Mate 30 Pro.



Sementara itu untuk Mi Note 10 Pro pula, masih belum ada maklumat rasmi tentangnya tetapi khabar angin mengatakan ia akan dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 855. Selain dari itu, ia berkongsi perkakas yang sama dengan Mi Note 10.

Mi Note 10 memiliki skrin berukuran 6.47-inci dari jenis AMOLED, dengan lengkung di kedua belah sisi serta resolusi HD Penuh. Bateri di dalamnya sangat besar, 5,260mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 30W USB-C PD, bersama blok pengecas 3W diberikan bersama. Bagaimanapun, tiada pengecasan wayarles padanya.

Untuk perbandingan harga, Mi Note 10 yang dikenali sebagai Xiaomi CC9 Pro dijual di China pada harga berikut:

  • Xiaomi CC9 Pro (RAM 6GB + storan 128GB) – RMB2,799 (~RM1,653)
  • Xiaomi CC9 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RMB3,099 (~RM1,830)

Berapakah agaknya harga Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro di Malaysia kelak? Mungkin Mi Note 10 akan bermula di bawah RM2,000 tetapi Mi note 10 Pro kelihatan akan terletak di atas garis RM2,000.

Tags: Mi Note 10xiaomixiaomi mi note 10Xiaomi Mi Note 10 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro dengan kamera 108MP akan dilancar di Malaysia bulan depan

Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro dengan kamera 108MP akan dilancar di Malaysia bulan depan

20 November 2019
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN