fbpx

Telefon 5G Pertama Honor Ada Specs Seperti Mate 30 Pro

Honor hari ini mengumumkan kemas kini pada siri Honor V mereka ataupun lebih dikenali sebagai Honor View di peringkat global. Honor V30 Pro adalah telefon pertama mereka yang menyokong rangkaian 5G manakala Honor V30 adalah pilihan yang lebih mesra bajet. Daripada helaian spesifikasi, ia mirip pada keluarga Huawei Mate 30 dan ia tak memeranjatkan kerana memang menjadi tradisi untuk Honor ada penawaran seakan Huawei.

Fizikaliti kedua-dua telefon adalah sama. Mereka ada paparan seluas 6.57″ beresolusi FHD+ yang menggunakan panel LCD. Menggunakan paparan jenis FullView display, ada dua kamera diletakkan dalam lubang dipunjuru kiri telefon, satu yang bersensor 32MP dan satu lagi bersensor 8MP.

Di bahagian belakang telefon, komponen kameranya jelas kelihatan dan agak besar saiznya. Honor V30 Pro ada konfigurasi kamera belakang seperti berikut:

  • Kamera 1 40MP F1.8
  • Kamera 2 12MP F2.4
  • Kamera 3 8MP F2.2

Honor V30 ada konfigurasi yang serupa kecuali pada bahgian kamera 2 kerana di kamera tersebut, ia menerima sensor 8MP sahaja.

Atas papan utama, mereka dikuaskaan cip Kirin 990 dengan V30 Pro dilengkapi modem 5G untuk sambungan data mudah alih yang lebih pantas. Kedua-dua model ditawarkan dalam konfigurasi RAM 6GB dan 8GB tapi hanya V30 Pro hadir dengan storan 256GB sebaliknya V30 hanya setakat 128GB.

Menguasakan segala kelengkapan elektronik pada telefon ini adalah sekeping bateri berkapasiti 4,200mAh yang menyokong pengecasan patnas 40W. Ia turut menyokong pengecasan reverse wireless 7.5W yang jadikannya pertama seumpamaya dalam keluarga Honor.

Ada antara model Honor V30 ini akan mula dijual seawal hari ini di China pada harga seperti berikut:

  • Honor V30 (RAM 6GB, Storan 128GB) – CNY 3,299 (RM 1,960)
  • Honor V30 (RAM 8GB, Storan 128GB) – CNY 3,699 (RM 2,197)
  • Honor V30 Pro (RAM 8GB, Storan 128GB) – CNY 3,899 (RM 2,316)
  • Honor V30 Pro (RAM 8GB, Storan 256GB) – CNY 4,199 (RM 2,494)
BACA  Honor 9X sah akan dilancarkan di Malaysia bulan ini

Walau bagaimanapun, bilakah telefon ini akan dilancarkan di Malaysia tidak pula dikongsikan mereka.