Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Vivo Y19 diperkenal dengan kuasa lebih tinggi pada harga lebih rendah

Siri Y dalam keluarga telefon pintar Vivo sering menampilkan bateri yang besar bersama prestasi kelas pertengahan dalam harga sangat mampu milik. Kini model terbarunya hadir, Vivo Y19 kekal dengan bateri mega dengan prestasi baru pada harga lebih murah.

Vivo Malaysia kini membuka tempahan awal untuk Vivo Y19 dari 25 hingga 29 November 2019 di Stor Konsep Vivo, pengedar sah Vivo, Stor Online Vivo serta di Lazada, Shopee, PrestoMall dan Ezbuy. Tempahan awal ini akan menerima hadiah percuma berupa pembesar suara Vivo. Telefon akan dihantar bermula dari 30 November 2019.

Harga jualan Vivo Y19 di Malaysia ditetapkan pada harga RM949, lebih murah dari Vivo Y17 semasa pertama kali diperkenalkan. Terdapat dua warna boleh dipilih antara putih dan hitam.

Vivo Y17 diperkasa pemproses Mediatek Helio P65, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Skrinnya sebesar 6.53-inci HD Penuh, dengan takuk kecil di atas.

Baterinya masih sangat besar dengan kapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas Vivo Dual-Engine Fast Charging melalui port mikroUSB. Malah ia menyokong pengecasan terbalik bagi membantu mengecas peranti lain.

Terdapat tiga kamera di belakangnya, iaitu kamera utama 16MP, kamera super lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan yang terletak di dalam takuk kecil atas skrin pula 16MP dilengkapi teknologi kecantikan muka AI.

Tidak banyak telefon yang menawarkan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas dan Vivo Y19 adalah salah satu darinya. Tempah sekarang untuk mendapatkan hadiah percuma yang ditawarkan Vivo Malaysia, selewat-lewatnya pada 29 November 2019.

BACA  Storan WD Blue SN550 NVMe semakin murah dan lebih pantas dari SATA SSD