• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Chup Dulu Hyundai i30n ekslusif di Lazada dan melancong secara percuma ke Seoul

  • OLEH Najib
  • 7:38 pm
  • 28/11/2019
  • Komen
Chup Dulu Hyundai i30n ekslusif di Lazada dan melancong secara percuma ke Seoul
Share on FacebookShare on Twitter

Hyundai i30n adalah sebuah kereta kompak berkuasa tinggi dan ia akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi. Apa yang menariknya di sini ialah cara ia dijual. Ia hanya boleh dibeli di platform e-dagang Lazada sahaja.

Selain jualan eksklusif, unitnya juga terhad. Hanya ada 20 unit i30n yang akan dijual di Lazada kelak. Jualan eksklusif di Lazada ini akan diadakan semasa jualan akhir tahun 12.12 yang berlangsung pada 12 Disember 2019.



Menurut Hyundai, ini adalah kereta berprestasi tinggi pertama dari mereka. Varian pertama i30n ini akan dikuasakan enjin Theta T-GDI Turbocharged 2.0L yang memberikan kuasa setinggi 275P dengan tork 353Nm kepada tayar. Pecutan dari 0-100Km/j pula dicapai dalam masa 6.1 saat dengan kelajuan tertinggi pada 250km/j.

Hanya transmini manual 6-gear terdapat pada model ini dan ia dipasang dengan spoiler aerodinamik serta suspensi bolehsuai elektronik bersama teknologi Skyhook. Kuasa berhenti padanya diuruskan oleh angkup brek merah yang berputar bersama tayar 18-inci didepan dan 17-inci di belakang.



Harga jualan Hyundai i30n di Lazada telah ditetapkan pada RM298,888 di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insuran. Lazada menggunakan sistem ‘Chup Dulu’ di mana pembeli yang berminat perlu membayar deposit RM1,000 di antara 2-11 Disember, dan baki deposit RM1,000 lagi pada 12 Disember. Wakil penjual Hyundai Malaysia akan menghubungi pembeli untuk urusan baki bayaran.

Pembelian eksklusif di Lazada ini juga akan menerima hadiah percuma berupa lawatan ke Seoul, Korea Selatan untuk mengalami suasana ujian litar di sana. Jika berminat, boleh lawati Stor Rasmi Hyundai di Lazada dan membuat tempahan ‘Chup Dulu‘ bermula 2 Disember 2019.

Sumber: Paultan

Tags: Hyundaihyundai i30nLazada
Najib

Najib

POPULAR

Chup Dulu Hyundai i30n ekslusif di Lazada dan melancong secara percuma ke Seoul

Chup Dulu Hyundai i30n ekslusif di Lazada dan melancong secara percuma ke Seoul

28 November 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN