• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi K30 akan dilancar sebagai telefon Xiaomi pertama dengan dwi-mod 5G

  • OLEH Najib
  • 3:27 pm
  • 28/11/2019
  • Komen
Redmi K30 akan dilancar sebagai telefon Xiaomi pertama dengan dwi-mod 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi merupakan jenama telefon pintar yang menawarkan harga yang amat mampu dimiliki. Mereka dijadualkan akan melancarkan telefon 5G pertama yang dikhabarkan akan membawakan harga yang rendah bagi telefon 5G. Malah, ia juga akan menjadi telefon pintar di bawah Xiaomi yang pertama dilengkapi dwi-mod 5G, SA dan NSA (standalone dan non-standalone).

Perkara ini diceritakan oleh Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing menerusi media sosial weibo. Menurut beliau, telefon pintar Redmi K30 5G akan diumumkan pada 10 Disember 2019. Ia adalah peranti baru yang menggantikan kedudukan Redmi K20, yang dilancarkan buat pertama kali pada bulan Mei 2019. Untuk pasaran antarabangsa, Redmi K20 dikenali sebagai Mi 9T.



Dalam status weibo yang lain, Lu Weibing juga mengesahkan bahawa Redmi K30 5G akan menggunakan pemproses Mediatek 5G pertama, Dimensity 1000. Cip yang dilengkapi modem 5G terbina di dalamnya ini dibina dari proses 7nm, mengadungi 4-teras ARM COrtex A77 berprestasi tinggi dan 4-teras ARM Cortex A55 yang efisyen tenaga. Untuk grafik, ia menggunakan cip ARM Mali-G77 MC9.

Menurut Mediatek, Dimensity 1000 akan menjadi cip pertama menawarkan video HDR pelbagai bingkai serta yang pertama menyokong dwi-sim 5G. Selain sokongan 5G SA dan NSA, ia turut menyokomng WiFi 6 dan Bluetooth 5.1. Dinyatakan, ia boleh mencapai kelajuan internet untuk muat turun sehingga 4.7Gbps dan muat naik sehingga 2.5Gbps.



Buat masa ini, hanya Huawei menjadi satu-satunya pengeluar telefon pintar yang memiliki sokongan dwi-mod 5G menerusi modem Balong 5000 serta cip terbaru Kirin 990 5G. Kebanyakan telefon pintar 5G yang lain menggunakan cip Qualcomm, seperti Vivo NEX 3 5G, Samsung Galaxy Fold, Xiaomi Mi 9 Pro 5G dan Mi MIX 3 5G, tetapi ia terhad kepada 5G NSA sahaja. Cip Qualcomm yang akan datang, modem X55 akan menyokong dwi-mod 5G SA dan NSA, dan dijangka akan berada di pasaran menerusi penampilan pertamanya di telefon pintar Oppo sekitar bulan Disember ini.

Sumber: Weibo 1, Weibo 2

Tags: RedmiRedmi K30 5G
Najib

Najib

POPULAR

Redmi K30 akan dilancar sebagai telefon Xiaomi pertama dengan dwi-mod 5G

Redmi K30 akan dilancar sebagai telefon Xiaomi pertama dengan dwi-mod 5G

28 November 2019
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER