Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Digi rangkul 3 dari 8 anugerah terbaik Star Rating Award 2018 anjuran SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meraikan Syarikat Telekomunikasi cemerlang menerusi anugerah di Majlis Star Rating Award 2018 yang berlangsung di Cyberjaya, dirasmikan oleh Pengerusi MCMC, Al-Ishsal Ishak. Ia adalah satu pengiktirafan kepada perkhidmatan cemerlang penyedia perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna, di samping menyemai budaya kualiti kecemerlangan sesama mereka.

Digi telah terpilih sebagai pemenang terbesar apabila menerima 3 dari 8 anugerah pada majlis tersebut. Digi memenangi anugerah Penyedia Khidmat Selular Awam Terbaik dan Kepuasan Pengguna Terbaik manakala anugerah Kualiti Perkhidmatan Terbaik berkongsi tempat pertama dengan U Mobile.

Bagi anugerah Operator Rangkaian Mudahalih Maya (MVNO) dimenangi oleh XOX. Untuk anugerah Penyedia Jalurlebar Tetap Terbaik, ia dibawa pulang oleh TIME.

Senarai penuh anugerah dan pemenangnya adalah seperti berikut:

  1. Penyedia Khidmat Selular Awam Terbaik – Digi Telecommunications Sdn Bhd
  2. Operator Rangkaian Mudahalih Maya Terbaik – XOX Com Sdn Bhd
  3. Penyedia Jalurlebar Tetap Terbaik – TT Dotcom Sdn Bhd
  4. Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik – Celcom Axiata Berhad
  5. Kepuasan Pengguna Terbaik – Digi Telecommunications Sdn Bhd
  6. Kualiti Perkhidmatan Terbaik – Digi Telecommunications Sdn Bhd & U Mobile Sdn Bhd
  7. Pelaburan Rangkaian Terbaik – Maxis Broadband Sdn Bhd
  8. Pematuhan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98) Terbaik – Webe Digital Sdn Bhd

Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak berkata, SKMM berhasrat untuk meningkatkan lagi taraf kepuasan pelanggan bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti rangkaian kekal terbaik. Beliau menambah, pengguna masakini mendapatkan khidmat penyelesaian, tidak lagi tertakluk kepada produk individu dan pakej. Oleh itu, penyedia perkhidmatan perlu berubah untuk memenuhi keperluan pengguna dan SKMM mahu mereka memberi pengalaman telekomunikasi terbaik kepada semua rakyat Malaysia.

BACA  Samsung mahu perkenal semula telefon pintar dengan bateri boleh dicabut

Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan kepada prestasi penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi tahun 2018. Ia diukur berasaskan empat tetapan iaitu: kepuasan pelanggan, kualiti perkhidmatan, pelaburan rangkaian dan pematuhan kepada AKM98. Menurut SKMM, anugerah ini menerima sambutan menggalakkan dari penyedia perkhidmatan dan ia mendorong mereka untuk terus meningkatkan prestasi mereka bagi memenuhi tetapan yang telah ditetapkan.

Sumber: SKMM