fbpx

HUAWEI FreeBuds 3 Adalah Alternatif Earfon Penyaring Hingar Berharga Patut

Artikel ini dibawakan oleh Huawei

Gajet True Wireless Stereo (TWS) dalam tahun 2019 beroleh populariti yang mencanak. Bukan saja ia kini lebih mudah diakses pengguna dek harganya yang mampu milik, spesifikasi yang menarik ditawarkan juga antara faktor penarik untuk pengguna beralih kepada gajet audio dalam kategori wayarles ini.

Dalam banyak-banyak TWS dalam pasaran, anda tentunya ingin mempertimbangkan Huawei FreeBuds 3 atas 5 sebab berikut.

1. Cipset Kirin A1 memungkinkan latency superendah

Kelengkapan audio wayarles miliki masalah yang sama iaitu sela masa (latency). Ia merujuk pada perbezaan masa yang diambil untuk bahagian audio menerima isyarat bunyi daripada sumber dan biasanya diukur dalam unit milisaat. Jika mendengar muzik tanpa video, ia bukanlah masalah yang besar tapi jika anda menonton movie ataupu bermain permainan video ia sangat penting. Latensi yang tinggi membuatkan anda ditembak mati dulu sebelum anda dengar bunyi tembakan ataupun pelakon dalam movie mulutnya bergerak tapi audionya mengejar dibelakang.

Cipset Kirin A1 dalam Freebuds 3 meminimumkan latensi supaya masalah audio dan video tidak selari tak berlaku. Cip tersebut juga mempertingkat kualiti bunyi dan pada masa yang sama cekap tenaga. Tahukah anda yang FreeBuds 3 mampu beroperasi selama 4 jam dengan 1 cas serta 20 jam dengan bantuan bekas pengecasnya?

Ada beberapa helah yang digunakan FreeBuds 3 untuk mencapai hayat bateri yang panjang itu. Yang paling menarik adalah caranya menerima isyarat bunyi daripada sumbernya. Telefon seperti Mate 30 miliki Bluetooth 5. Memanfaatkan teknologi ini, telefon memancarkan isyarat audio kiri dan kanan terus ke Freebuds 3 berbanding kaedah konvesional yang memerlukan isyarat dihantar ke salah satu daripada unit TWS dan isyarat itu akan dipanjangkan ke unit yang seterusnya. Ia menjadikan salah satu bahagian TWS kehabisan bateri lebih pantas.

BACA  TIME membuka akses jalur lebar kepada Digi dan sedia menerima ISP lain

2. TWS dengan penyaring hingar aktif pertama dalam kategori earfon separa terbuka.

Menyertakan penyaring hingar aktif dalam earfon separa terbuka adalah sesuatu yang mencabar kerana unit ini secara semula jadi terdedah kepada kebocoran bunyi. Tapi, FreeBuds3 dibangunkan dengan kajian mendalam terhadap lubang telinga manusia. Sebanyak 9 parameter penyaring hingar telah dibangunkan untuk diadaptasi dengan perbezaan fizikal telinga antara satu pengguna dengan pengguna yang lain.

Manfaat jika earfon mampu menyaring hingar secara aktif adalah anda tidak diganggu oleh bunyi yang tidak dikehendaki semasa mendengar muzik. Selain itu, kekuatan penyaring boleh disuaikan dengan keselesaan anda taupun dimatikan terus sekiranya anda perlu bercakap dengan seseorang dan tak ingin menanggalkan earfon.

3. Proses pairing yang ringkas dan pantas

Sejurus membuka bekas penyimpan earfon, Huawei Mate 30 Pro akan terus mengesan adanya Freebuds berhampiran dan memaklumkan anda sekiranya ingin menambatnya pada telefon. Pada gajet Bluetooth biasa, anda perlu pergi ke halaman setting, tetapan Bluetooth, dan carinya dalam senarai yang mengandungi puluhan gajet yang lain.

Dalam APP “Smart Life” di telefon, anda boleh menetapkan arahan yang sepatutnya dilakukan bila anda menyentuh Freebuds 3. Anda boleh pilih sama ada sambung atau hentikan muzik, seru pembantu maya, ataupun hidup/matikan penyaring hingar. Kalau nak periksa tahap bateri Freebuds 3, periksa saja di bahagian notifikasi telefon.

4. Tak perlu risau kehabisan bateri

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, FreeBuds 3 boleh bertahan sehingga 24 jam. Tapi jika anda pendegar muzik tegar dan perlukan lebih daripada itu, ada beberapa cara untuk anda mengisi tangki bateri FreeBuds 3. Yang pertama adalah melalui port USB-C yang terletak di bahagian bawah bekas pengecas.

BACA  Oppo akan melancarkan fon kepala wayarles Enco Free di Malaysia

Altnernatif kepada pengecasan berkabel, anda boleh manfaatkan fungsi reverse wireless charging pada Mate 30 untuk menukarkan bahagian belakang telefon tersebut menjadi pad pengecas untuk berkongsi bateri telefon dengan FreeBuds 3.

5. Gabungan rekaan berergonomik tinggi dengan teknologi yang memudahkan

Bahagian bekas FreeBuds 3 yang berbentuk bulat berikan rupa yang unik dan pada masa masa yang sama selesa dipegang dalam tangan. Bulat juga bermakna ia tidak akan tersangkut dalam poket ataupun dalam tas tangan. FreeBuds 3 hadir dalam dua warna untuk dipilih anda, satu hitam dan satu lagi putih.

Bahagian badannya ada tangkai yang panjang untuk lebih mudah dikendalikan. Kemudian, di bahagian yang mengeluarkan audio direka bentuk seperti kerangka ikan dolfin untuk sampaikan runut bunyi yang kaya dengan treble dan bass.

FreeBuds 3 adalah alternatif yang lebih sesuai untuk kelengkapan audio mudah alih anda

Huawei FreeBuds 3 adalah produk yang kaya dengan ciri dan pada masa yang sama tidak mengorbankan rupa paras. Anda beroleh gajet dengan penyaring hingar, mudah dikenadalikan, dan yang paling penting mmiliki harga patut. Pada RM679, FreeBuds 3 adalah peneman perjalanan anda yang paling cocok.

Layari laman rasmi Huawei FreeBuds 3 untuk maklumat lanjut atau singgah ke kedai dalam talian mereka untuk lihat tawaran menarik daripada Huawei.