• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile jual iPhone 7 Plus pada harga sangat mampu dimiliki

  • OLEH Najib
  • 5:48 pm
  • 05/12/2019
  • Komen
U Mobile jual iPhone 7 Plus pada harga sangat mampu dimiliki
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mahu mencuba-cuba telefon pintar iPhone, U Mobile kini ada cara yang dilihat paling mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. Menerusi program UPackage, iPhone 7 Plus ditawarkan di U Mobile pada harga kurang dari RM50 sebulan.

U Mobile UPackage menyediakan telefon pintar iPhone 7 Plus pada kadar RM39/bulan bersama pelan Unlimited Hero P139, atau RM49/bulan dengan pelan Unlimited Hero P99. Kedua-dua pelan ini menawarkan panggilan dan internet tanpa had.



Apa yang membezakan kedua-dua pelan ini ialah kuota hotspot serta jumlah negara yang disokong di dalam Roam-Onz. Selain itu, Hero P99 membenarkan strim video tanpa had pada kualiti SD manakala pelan Hero P139 pula membenarkan kualiti sehingga HD.

Selain itu, mereka yang berminat perlu membayar pendahuluan sebanyak 3 bulan jumlah ansuran dan pelan. Bermakna, pendahuluan sebanyak RM444 diperlukan dengan pelan Hero P99 dan RM534 bagi pelan Hero P139.



Buat masa ini, kebanyakan pengedar sah Apple menjual iphone 7 Plus 128GB pada harga RM1,999. Jika dikira, harga telefon ini hanyalah RM936 selama 24 bulan bersama pelan Hero P139. Maklumat lanjut tentang tawaran ini boleh disemak di laman iPhone 7 Plus U Mobile.

iPhone 7 Plus pertama kali diperkenalkan pada tahun 2016 dan ia masih boleh digunakan dengan lancar masakini. Ia memiliki skrin Retina 5.5-inci dan dikuasakan pemproses Apple A10 Fusion.

Telefon ini adalah yang pertama menampilkan dwi-kamera belakang di iPhone dengan lensa zum optikal 2x pada kamera kedua. Ia juga memiliki speaker stereo dan kalis air IP67 serta yang pertama membuang jek audio di iPhone. Menariknya, Apple masih memberikan kemaskini iOS 13 walaupun ia telah berusia lebih 3 tahun. Telefon ini

Tags: appleiphone 7 plusu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
U Mobile jual iPhone 7 Plus pada harga sangat mampu dimiliki

U Mobile jual iPhone 7 Plus pada harga sangat mampu dimiliki

5 Disember 2019
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Coway STORM II, penulen udara cekap tenaga yang mampu menyegarkan udara persekitaran secara menyeluruh untuk rumah anda

Coway STORM II, penulen udara cekap tenaga yang mampu menyegarkan udara persekitaran secara menyeluruh untuk rumah anda

29 Ogos 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER