fbpx

Honor View20 bawah RM1000 antara tawaran Honor sempena 12.12

Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan promosi yang akan mereka adakan menjelang jualan 12.12 kelak. Antara tawaran yang diberikan ialah diskaun, hadiah percuma dengan pembelian serta gabungan produk istimewa.

Promosi hebat ini boleh didapati bermula dari 6 Disember sehingga 12 Disember 2019, eksklusif di Stor Online HiHonor.

Salah satu promosi menarik ialah peluang memenangi edisi terhad Honor 20 Pro Moschino. Ia tidak dijual di Malaysia jadi anda boleh menjadi satu-satunya pemilik di Malaysia. Sertai peluang ini menerusi pertandingan Slash & Win.

Harga lebih murah pastinya menjadi sasaran peminat. Antara peranti yang diberi banyak diskaun ialah Honor View20 (6GB+128GB). Dari harga asal RM1,499, ia boleh dibeli pada harga RM899 sahaja dengan diskaun sebanyak RM600. Honor 20 (6GB+128GB) pula diberi diskaun RM200 menjadi RM1,199 sahaja. Honor juga menawarkan Honor 10 (4GB+128GB) pada harga RM749 sahaja.

Hadiah percuma juga diberikan untuk pembelian, antaranya Honor Band 5 Sport percuma bagi pembelian Honor 20, casing dan pelindung skrin untuk Honor View 20 serta penimbang berat Honor dan Honor Band 5 Sport bagi pembeli Honor 10.

Pelbagai aksesori ditawarkan dengan harga menarik seperti diskaun RM100 untuk fon kepala Honor Sport Pro, diskaun RM60 untuk Honor Watch Magic, diskaun RM50 bagi Honor Soundstone Speaker dan banyak lagi.

Gelang Pintar Honor Band 5 yang baru tiba di Malaysia, akan datang dalam 3 warna baru pada jualan kali ini. Selain warna hitam, ia kini boleh dimiliki dalam warna merah jambu, hijau dan biru. Untuk promosi 12.12, Honor Band 5 boleh dibeli pada harga RM111 berbanding harga asal RM129.

Untuk pasangan, anda boleh mendapatkan harga istimewa untuk gabungan produk iaitu 2 unit Honor Band 5 Sport pada harga RM129 dari harga asal RM158. Gandingan Honor Band 5 dan Honor Sport Pro juga menerima harga istimewa RM299, diskaun sebanyak RM129 dari harga asal.

BACA  Realme 5i: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Banyak betul tawaran menarik Honor menjelang 12.12 nanti. Kepada yang berminat mendapatkan produk Honor, jangan lupa untuk ke laman web HiHonor bermula 6 Disember nanti.