Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Senarai Halwa Telinga Paling Banyak Didengari Di Spotify 2019

Spotify Wrapped adalah acara tahunan servis penstriman muzik terbesar dunia. Ia menyajikan anda dengan ringkasan landskap muzik global seperti siapakah yang kerap didengari dan sebagainya. Berikut adalah laporan Spotify Wrapped untuk tahun 2019.

Artis yang paling banyak didengari di Malaysia: BTS

Tidaklah menghairankan jika muzik K-POP menjadi kegilaan pendegar Spotify di Malaysia. Ia berkait rapat dengan minat muda-mudi menonton drama daripada sana. BTS mengungguli carta kali ini untuk jadi satu-satunya artis K-POP dalam 5 teratas.

Baki empat yang lain ialah Ariana Grande, Khalid, Ed Sheeran, dan Post Malone.

Artis lelaki paling banyak didengari di Malaysia: Khalid

Saya sendiri tak kenal artis ini, tapi nampaknya ia popular di Malaysia. Yang pelik, tiada satupun lagunya muncul dalam senarai teratas lagu paling banyak didengari. Hal ini bermakna, setiap satu lagunya menyumbang pada kejayaan ini.

Baki empat yang lain ialah Ed Sheeran, Post Malone, Shawn Mendes, dan Alan Walker.

Artis wanita paling banyak didengari di Malaysia: Ariana Grande

Bekas artis Disney ini berjaya dengan lagu-lagu jiwangnya. Pastinya budak-budak yang membesar dengan Disney terus mendengarnya sehingga hari ini dan jadikannya popular.

Baki empat yang lain ialah Taylor Swift, Billie Ellish, Camila Cabello dan Halsey.

Artis tempatan paling banyak didengari: K-Clique

Dari “negeri di bawah bayu”, K-Clique menembusi arus perdana apabila mula berkolaborasi dengan artis-artis besar. Antara yang popular adalah Mimpi.

Empat baki yang lain ialah Faizal Tahir, Siti Nurhaliza, SonaOne, dan Insomniacks.

Lagu paling kerap didengari: Senorita

Gandingan Camila Cabello dan Shawn Mendes telah hasilkan halwa telinga untuk tahun 2019. Lagu yang ringkas seperti ini mudah didengari dan bila diputar berualng-ulang kali, sudah tentu terpahat dalam benak pendengar.

BACA  Siri OnePlus 8 tiba pada 14 April dengan konsep pantas dan lancar

Empat baki lagu yang lain adalah:

Jangan lupa untuk periksa Spotify Wrapped 2019 untuk akaun anda di sini.