fbpx

Snapdragon 865: 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Flagship 2020

System-on-Chip (SoC) yang bakal menguasakan flagship 2020 daripada Qualcomm sudahpun dilancarkan. Seperti biasa, ia membawakan beberapa pembaharuan dan ia memang sepatutnya berlaku.

Soalan yang lebih penting, apakah perubahan yang dibawakan Qualcomm pada Snapdragon 865 berbanding sebelumnya?

1. Teras CPU dan prestasi GPU masing-masing 20% dan 25% lebih berkuasa

Dalam bulan Mei 2019 lalu, ARM mengumumkan teras Cortex-A77 yang akan digunakan dalam kebanyakkan CPU flagship 2020. Selepas Exynos 990, Snapdragon 865 turut menggunakan. Manfaat berbanding teras A76 yang lama adalah 20% lebih prestasi boleh diperah.

Qualcomm masih menggunakan konfigurasi terikluster 1+3+4. Teras tertinggi dengan tengah berbeza daripada segi clockspeed manakala teras bawahnya, A55 adalah teras yang sama digunakan pada Snapdragon 855 yang dulu.

Adreno 650 bertanggung jawab di bahagian GPU yang menjanjikan 25% lebih prestasi dan pada masa yang sama 35% lebih cekap tenaga.

2. Sokongan RAM LPDDR5 pada 2.75Ghz

Setelah hampir 5 tahun telefon komponen memori telefon kita terlekat di LPDDR4X, tahun 2020 mungkin menyaksikan peralihan kepada LPDDR5 kerana dua daripada tiga flaghip utama telahpun menyokong jenis memori ini.

Hanya Kirin 990 saja masih mengekalkan LPPDR4X dengan alasan harga yang tinggi untuk digunakan. Tapi ia tidak jadi masalah pada Snapdragon 865 kerana ia masih backward compatible dengan LPDDR4X untuk pengoptimuman kos.

Dua manfaat yang paling besar LPDDR5 bawakan adalah kecekapan tenaga yang lebih baik serta luas jalur yang lebih lebar. Untuk perbandingan, LPDDR4X sekarang ada jalur perpindahan data seluas 4.27Gbps untuk setiap pin tapi di LPDDR5, Samsung memaklumkan yang produknya boleh pergi sehingga 6.5Gbps atuapun 50% lebih luas.

BACA  Pegawai Polis ini berjaya "menangkap" perhatian Apple

3. Unit Pemproses Neural Lebih 2 Kali Ganda Lebih Berkuasa

Ini ada kaitan dengan tugasan yang melibatkan kecerdasan buatan (AI). Snapdragon 856 kali ini menggunakan unit pemproses neural (NPU) Hexagon 698 yang berkemampuan mencapai 15 ten-trillion operations per seconds (TOPS). Untuk perbandingan, Hexagon 690 pada Snapdragon 855 berkeupayaan pada 7 TOPS.

Ia bermakna, tugasan seperti mengenal wajah, kamera AI yang digunakan untuk mengenal pasti scenery akan jadi lebih pantas.

4. Sokongan rakaman video 8K dan gerak perlahan 4K

Di bahagian pengimejan, anda boleh temui pemproses isyarat imej (ISP) yang baru. Spectre 480 boleh menerima data dariapda sensor pengimejan 200MP dengan kemampuan merakam video setingga 8K pada 30fps ataupun 4K pada 120fps.

Tiada lagi had dikenakan apabila anda merakam gerak perlahan 960fps pada 720p.

5. Masih tiada modem 5G terbina dalam SoC

Ada dua jenis implementasi untuk porkhidmatan selular pada SoC. Yang pertama adalah modem terbina atas SoC sendiri dan satu lagi adalah jenis external. Di Snapdragon 855 865, ia masih gunakan modem lama X55 yang anda temui pada.

Mungkin Qualcomm berpendapat yang 2020 masih bukan tahun 5G meletup sehingga ke pengguna biasa. Manfaat menggunakan modem terbina adalah ruang yang ditinggalkan oleh modem external tadi boleh dimanfaatkan untuk sesuatu yang lain.

Daripada sudut prestasi, tiada kelebihan signifikan antara modem external ataupun internal.

Sumber: AnandTech