Ini Cara Anda Bersiap Sedia Dengan Pesta Beli Belah EPIK 12.12 Yang Akan Datang

Artikel ini dibawakan oleh Yes 4G

Industri e-dagang Malaysia dijangkakan miliki nilaian USD 11 billion menjelang 2025 ini berdasarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Ia berdasarkan pertumbuhan tahunan malar pada 24 peratus. Untuk pengguna biasa seperti kita, ia menandakan yang lebih banyak peluang bakal terhidang di hadapan anda, baik daripada segi menjual dan membeli.

Setiap bulan ada saja pesta beli-belah dalam talian diadakan. Yang paling hampir baru-baru ini adalah Lazada 11.11 yang mencatatkan beberapa rekod. Contohnya dalam masa hanya 30 minit, 57,000 bungkusan mi segera Maggi Kari terjual di Lazada. Siapa yang tidak gemarkan Maggi Kari?

Lebih-lebih lagi buat anda yang terlepas tawaran hebat semasa 11.11 yang lepas, tentunya anda tak mahu “pisang berbuah dua kali”. Untuk membantu anda memburu promosi menarik pada 12.12 yang akan datang, YES 4G mampu memberikan anda pengalaman beli belah dalam talian yang EPIK menerusi rangkaian LTE mereka yang utuh.

Bagusnya apabila anda berada dalam rangkaian YES 4G adalah ia diperkasa LTE sepenuhnya. Ada dua manfaat yang anda perolehi, satu adalah akses Internet yang pantas dan satu lagi adalah panggilan suara yang jelas dan berkualiti tinggi. Walaupun telco lain pun ada LTE, tapi kelebihan di YES adalah anda boleh nikmati internet 4G tanpa had pada kos hanya RM1 sehari.

Dengan sambungan Internet berkelajuan tinggi tanpa had, anda tak perlu risau kehabisan kuota sewaktu membeli-belah online, terutamanya untuk pesta 12.12 yang akan datang. Hal ini kerana, pada 11.11 yang lalu, kita menyaksikan banyak platform jualan mula memanfaatkan fungsi livestream untuk mengedarkan baucar-baucar menarik kepada yang bertuah.

Dengan Internet tanpa had daripda Yes 4G, anda boleh shopping dengan sepuas hati sepanjang festival beli belah dalam talian yang akan datang. #TukarKeYES pada kurang daripada RM1/hari. Layari laman rasmi Yes 4G untuk maklumat lanjut.

BACA  Diskaun 70% diberikan keatas saman JPJ dan SPAD sepanjang Ogos 2020