Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Telefon Stereo Speaker Termurah OPPO, A5 2020 Turun Harga

OPPO A9 2020 semasa 12.12 menerima potongan menarik yang menjadikan telefon itu pada harga RM999. Saudara terdekatnya A5 2020 turut mendapat rawatan yang sama, tapi lebih baik penyelarasan harga yang diterimanya adalah kekal. Dilancarkan pada harga RM899, ia kini boleh didapati pada harga RM799 saja.

Pada harga itu, ia mungkin menjadikannya telefon stereo speaker termurah yang anda boleh beli di Malaysia. OPPO A5 2002 ada specs yang hampir serupa dengan A9 2020 kecuali pada bahagian kamera. Berbanding 48MP kamera belakang di A9, A5 dilengkapi kamera 12MP untuk melengkapi kamera ultra lebar 8MP dan satu lagi kamera potret.

Lain-lain spesifikasi adalah sama. Ia diperkasa SoC Snapdragon 665, RAM sebesar 4GB dan storan sebesar 128GB. Di bahagian muka telefon ini ada paparan 6.5″ HD+ serta kamera selfie 8MP. Sesuai digunakan untuk melayani kandungan multimedia, ia dibekalkan bateri seluas 5,000mAh.

OPPO A5 2020 hadir dalam dua varian. Varian yang dijual pada harga RM799 adalah yang tertinggi diikuti dengan varian RAM 3GB dan storan 64GB yang dijual pada harga RM699.

Selain OPPO A5 2020, OPPO turut meletakkan beberapa model telefon lain dalam kempen promosi mereka. Dua telefon yang dapat potongan harga dalam amsa terhad ialah F11 Pro RM799 dan Reno RM1,299.

BACA  COVID-19: Panggung Wayang MBO Implementasikan Konsep Jarak Sosial Untuk Penonton