• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xbox Series X Mampu Tampung Permainan 4K@60 Dan Tiada Loading Screen

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:00 am
  • 13/12/2019
  • Komen
Xbox Series X Mampu Tampung Permainan 4K@60 Dan Tiada Loading Screen
Share on FacebookShare on Twitter

Konsol permainan generasi seterusnya daripada Microsoft telah dinamakan Xbox Series X (XBSX), satu nama yang sarat dengan aliterasi dan agak sukar untuk dipanjangkan ke generasi seterusnya, tak seperti PlayStation yang hanya gunakan nombor untuk bezakan antara generasi. Walau apapun namanya, ia jauh lebih berkuasa daripada generasi sekarang.

Diumumkan akan mula menemui pemain dalam musim Krismas 2020, Microsoft tidak pula berkongsikan spesifikasi secara khusus. XBSX akan miliki kemampuan memaparkan permainan anda pada resolusi 4K@60 ataupun sehingga 120FPS dengan sokongan teknologi Variable Refresh Rate (VRR). Resolusi 8K juga ada disebut tapi tidak dinyatakan sama ada ia untuk permainan ataupun penstriman video.



Kemampuan ini dicapai menerusi seni bina CPU dan GPU mereka yang baru. Ia memanfaatkan arkitektur Zen 2 daripada AMD. Mereka juga berkongsi yang tiada lagi paparan loading kerana menggunakan teknologi SSD yang baru, perpindahan data akan berlangsung sangat pantas sehinggakan anda boleh terus bermain tanpa menunggu.

Bahagian input latency juga diberi perhatian. Auto Latency Mode (ALM) dan Dynamic Latency Input (DLI) menjadikan ia konsol permainan paling responsif setakat ini. Fungsi-fungsi ini sangat berguna untuk digunakan pada servis penstriman permainan seperti Google Stadia.



Sungguhpun ini adalah generasi baru, ia juga ada fungsi backward compatibility dengan empat generasi ke belakang. Jadi anda boleh bermain permainan daripada Xbox yang asal serta semua achievement akan dibawa merentasi generasi.

Itulah dia Xbox Series X yang akan dilancarkan penghujung tahun 2020. Sudah tentu PlayStation 5 akan miliki spesifikasi yang hampir serupa jika kita lihat pada konsol-konsol daripada kedua-dua pengeluar sebelum ini.

Sumber: Microsoft

Tags: Microsoftmicrosoft xboxmicrosoft xbox series x
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xbox Series X Mampu Tampung Permainan 4K@60 Dan Tiada Loading Screen

Xbox Series X Mampu Tampung Permainan 4K@60 Dan Tiada Loading Screen

13 December 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN