Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Xbox Series X Mampu Tampung Permainan [email protected] Dan Tiada Loading Screen

Konsol permainan generasi seterusnya daripada Microsoft telah dinamakan Xbox Series X (XBSX), satu nama yang sarat dengan aliterasi dan agak sukar untuk dipanjangkan ke generasi seterusnya, tak seperti PlayStation yang hanya gunakan nombor untuk bezakan antara generasi. Walau apapun namanya, ia jauh lebih berkuasa daripada generasi sekarang.

Diumumkan akan mula menemui pemain dalam musim Krismas 2020, Microsoft tidak pula berkongsikan spesifikasi secara khusus. XBSX akan miliki kemampuan memaparkan permainan anda pada resolusi [email protected] ataupun sehingga 120FPS dengan sokongan teknologi Variable Refresh Rate (VRR). Resolusi 8K juga ada disebut tapi tidak dinyatakan sama ada ia untuk permainan ataupun penstriman video.

Kemampuan ini dicapai menerusi seni bina CPU dan GPU mereka yang baru. Ia memanfaatkan arkitektur Zen 2 daripada AMD. Mereka juga berkongsi yang tiada lagi paparan loading kerana menggunakan teknologi SSD yang baru, perpindahan data akan berlangsung sangat pantas sehinggakan anda boleh terus bermain tanpa menunggu.

Bahagian input latency juga diberi perhatian. Auto Latency Mode (ALM) dan Dynamic Latency Input (DLI) menjadikan ia konsol permainan paling responsif setakat ini. Fungsi-fungsi ini sangat berguna untuk digunakan pada servis penstriman permainan seperti Google Stadia.

Sungguhpun ini adalah generasi baru, ia juga ada fungsi backward compatibility dengan empat generasi ke belakang. Jadi anda boleh bermain permainan daripada Xbox yang asal serta semua achievement akan dibawa merentasi generasi.

Itulah dia Xbox Series X yang akan dilancarkan penghujung tahun 2020. Sudah tentu PlayStation 5 akan miliki spesifikasi yang hampir serupa jika kita lihat pada konsol-konsol daripada kedua-dua pengeluar sebelum ini.

Sumber: Microsoft

BACA  Honor Watch GS Pro ialah Magic Watch 2 yang lepasi piawaian ketenteraan