Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Celcom pamer fungsi keselamatan pintar dengan kamera 4K 360º dengan 5G di Langkawi

Pulau Langkawi merupakan salah satu lokasi ujian 5G diadakan secara meluas. Salah satu syarikat telekomunikasi yang terlibat ialah Celcom dan baru-baru ini, mereka mempamerkan pelaksanaan 5G untuk penyelesaian keselamatan Bandar Pintar di pulau tersebut.

Celcom bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) untuk melaksanakan kes kegunaan Keselamatan 5G di Bandar Pintar terkini. Antaranya melalui pemantauan video panorama 360-darjah dalam resolusi Ultra HD 4K yang dipasang di Pantai Cenang, salah satu lokasi terkenal yang digemari pengunjung di Langkawi.

Pada masa yang sama, Celcom juga menempatkan penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G Celcom dilengkapi dengan keupayaan kepintaran buatan (AI) dan analisis video yang memanfaatkan keupayaan 5G. Ia menggunakan teknologi kependaman rendah serta data berkelajuan tinggi, membolehkan pemantauan masa nyata dan kualiti gambar berdefinisi tinggi. Penyelesaian ini dipasang di empat lokasi di sepanjang Jalan Pantai Cenang dan dua lokasi di Dataran Cenang, Langkawi.

Selain itu, Celcom akan memperluaskan kes-kes kegunaan 5G yang turut meliputi Pertahanan Digital di sempadan perairan, Pemantauan Kawalan Orang Ramai, Kawalan Digital Kargo Masuk dan Keluar, Sistem Pengurusan Perkapalan, Geo Fencing & Smart Perimeters dan Akses Tetap tanpa wayar 5G.

Ujian awal 5G Celcom di Langkawi mencatatkan kelajuan penghantaran hampir 1.5Gbps dan kependaman selama 16 milisaat. Rangkaian 5G Celcom di Langkawi menggunakan teknologi 5G New Radio yang mempunyai spektrum C-band, Massive Multiple-Input dan Multiple Output (MIMO 64T64R) menerusi teknologi Peralatan Premis Pelanggan (CPE) 5G.

Demonstrasi Penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar Celcom disaksikan oleh Al-Ishsal Ishak, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, bersama Muniff Kamaruddin, Ketua Pegawai Strategik dan Pejanaan Nilai, Celcom Axiata Berhad, PDRM dan wakil MPLBP di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah, di Langkawi.

BACA  Sekumpulan pilot dron berpadu tenaga hasilkan video montaj Hari Kebangsaan ke-63