• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecasan Pantas Google Pixel 4 Dikesan Sangat Memilih Tentang Kabel USB Yang Digunakan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:00 am
  • 16/12/2019
  • Komen
Pengecasan Pantas Google Pixel 4 Dikesan Sangat Memilih Tentang Kabel USB Yang Digunakan
Share on FacebookShare on Twitter

Pixel 4 adalah flagship terkini daripada kem Google dan ia bukanlah telefon dengan spesifikasi mantap, terutamanya pada bahagian bateri. Ia hanya ada bateri berkapasiti 2,800mAh yang untuk telefon 2019 ia adalah angka yang sangat rendah. Berkaitan bateri juga, mereka di Android Authority menyedari yang bukan semua kabel USB-C boleh digunakan, bukan saja untuk mengecas, malahan untuk lakukan perpindahan data.

Pada telefon ini, ia menggunakan piawaian USB Power Delivery (PD) 18W dan bukannya Quick Charge daripada Qualcomm. Apabila penyambungan antara pengecas dan telefon berlaku, Pixel 4 akan meminta kuasa setinggi 18W dan pnegecas tak mampu untuk alirkannya, ia akan memohon kuasa yang minimum, sebagai langkah keselamatan.



Pixel 4 hanya menyokong USB PD untuk pengecasan pantas 18W

Kebanyakkan telefon lain akan meminta 10W (5V,2A) tapi di Pixel 4, ia hanya meminta 7W sahaja. Ia mungkin tiada masalah untuk mengisi bateri kecil, tapi dengan teknologi bateri sekarang, ia sepatutnya lebih pantas.

Mereka juga mendapati yang kabel Huawei yang ditandakan warna ungu tidak boleh digunakan langsung untuk mengecas mahupun disambung ke komputer untuk pindahkan data. Tapi, kabel SuperVOOC OPPO didapat boleh pula diterima telefon itu.



Contoh kabel USB VOOC

Tidaklah diketahui mengapakah Pixel 4 berperangai sedemikian. Ia mungkin sebagai langkah Google untuk melindungi produk mereka daripada kerosakan kerana teknologi pengecasan pantas terlalu banyak piawaiannya dan mereka ingin kekal bersama yang sumebr terbuka kerana mudah untuk dibangunkan kemudian hari.

Sumber: Android Authority, Gambar Pemuka

Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel 4usb
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pengecasan Pantas Google Pixel 4 Dikesan Sangat Memilih Tentang Kabel USB Yang Digunakan

Pengecasan Pantas Google Pixel 4 Dikesan Sangat Memilih Tentang Kabel USB Yang Digunakan

16 December 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN