Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pesaing Airpods Daripada Realme Ini Berharga Kurang RM300 Dan Ada Penyaring Hingar

Dilancarkan di India pada harga INR 3,999 saja (~RM233), Realme Buds Air ini mungkin earfon TWS yang dilengkapi pengecasan wayarles termurah boleh didapati. Lebih menarik, ia didatangkan dalam tiga warna untuk dipilih iaitu putih, hitam dan warna rasmi Realme, kuning.

Tak perlu disangkal lagi yang fizikalitinya menyamai Airpods dalam bekas berbentuk flos gigi. Menurut Realme, ia miliki hayat operasi sepanjang 3 jam yang agak pendek tapi bekasnya boleh menyumbang kepada 17 jam waktu operasi.

Pada bahagian kiri dan kanan unit earfon ada permukaan peka sentuhan. Ia boleh digunakan untuk memberi arahan seperti main/henti muzik ataupun menyeru pembantu maya. Diperkasa Bluetooth 5, kedua-dua unit earfon berhubung dengan telefon secara terus dan bukannya salah satunya menerima strim audio secara relay daripada unit yang lagi satu.

Daripada segi latensi audio, ia boleh pergi serendah 119.3ms bila fungsi gaming mode diaktifkan. Jika tidak, latensi audionya direkodkan pada kadar 243.8ms, agak tinggi latensi tapi bukanlah masalah jika anda hanya mendengar muzik dan bukannya menonton video.

Bercakap tentang penyaring hingar, ia bukanlah darpada jenis penyaring hingar aktif. Realme menggelarkannya Environment Noise Cancellation dan hanya digunakan sewaktu anda lakukan panggilan telefon.

Realme juga dijangka melancarkan pad pengecas wayarles 10W mereka yang tersendiri, tapi setakat ini masih belum ada mana-mana telefon mereka yang menyokong kaedah pengecasan sebegini.

Pesaing Realme Buds Air:

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  LG Wing nampak macam telefon biasa, tapi sebenarnya bukan