Jawatan Presiden Trump Goyah, Berita Baik Buat Huawei?

Sekiranya anda masih tak dengar berita, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat baru saja mengundi untuk membawa Presiden Trump ke pendakwaan salah laku. Hal ini bermakna, kerusi yang disandangnya mungkin terpaksa dikosongkan bergantung pada hasil proses pendakwaan.

Ini mungkin berita baik buat Huawei.

Mate 30 Pro sangat terkesan dengan ketiadaan Google Mobile Services

Dalam Dewan Senat sendiri, terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan langkah Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan dagang terhadap Huawei kerana ia menjejaskan ekonomi mereka sendiri. Di pihak korporat, Microsoft misalnya mengatakan ia adalah sesuatu yang tak adil.

Mujurlah Microsoft beroleh lesen khas untuk memasang sistem operasi pada laptop yang ingin dijual di China. Itupun selepas tekanan dikenakan akibat kerugian berbillion ringgit kerana laptop Huawei di China hanya menggunakan sistem operasi Linux sumber terbuka.

Berkaitan dengan pendakwaan Presiden Trump, pihak Demokrat menuduh si Presiden kerana salah guna kuasa apabila maksa Ukraine melancarkan siasatan terhadap seteru politiknya, Joe Biden dan anaknya. Tekanan dilakukan dengan cara menunda pemberian bantuan ketenteraan bernilai USD 400 juta kepada pihak Ukraine walaupun peruntukkan telahpun diluluskan pihak Kongres.

Proses pendakwaan presiden Amerika Syarikat

Proses pendakwaan ini sedang di fasa perbicaraan oleh Dewan Senate. Selepas perbicaraan, semua senator akan mengundi sama ada Trump bersalah ataupun tidak. Jika kurang daripada dua pertiga, proses pendakwaan gagal dan Presiden Trump kekal dan jika lebih, dia dikeluarkan daripada jawatan presiden.

Tapi Huawei tak boleh tarik nafas lega kerana penggantinya, Mike Pence nampaknya sebulu dengan Donald Trump.

BACA  Huawei mahu perkenal telefon 5G lebih murah, bermula dari RM600