• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kereta Back to The Future ini boleh membuat aksi drift sendiri tanpa pemandu

  • OLEH Najib
  • 7:22 pm
  • 23/12/2019
  • Komen
Kereta Back to The Future ini boleh membuat aksi drift sendiri tanpa pemandu
Share on FacebookShare on Twitter

Kereta pemanduan autonomi yang bergerak sendiri selalunya hanya mampu mengesan pergerakan dalam garis lurus. Jika mahu membelok pun ia bergerak dengan perlahan. Tetapi sepasukan jurutera dari Universiti Stanford, California telah menggunakan kereta ‘Back To The Future‘ untuk mencipta kereta autonomi yang boleh men-drift sendiri.

Gabungan tenaga Chris Gerdes bersama pelajar PhD, Tushar Goel dan Jon Goh telah mencipta teknologi termaju dalam kajian pemanduan autonomi. Mereka telah menggunakan kereta DeLorean DMC-12 sebagai asas kajian, sebuah kereta ikonik yang menjadi watak utama di dalam filem trilogi Back To The Future.



Dalam video yang bertajuk “MARTYkhana” sepanjang tiga minit, ia memperlihatkan bagaimana sebuah kereta elektrik sepenuhnya, membuat demonstrasi drift donut dan nombor 8 dengan lancar dan penuh bergaya. Semua ini bukan dipandu sterengnya oleh manusia, tetapi menggunakan laptop dan alat pemantauan telemetri yang berjalan sepanjang pemanduan.

Anda boleh menyaksikannya di dalam video di atas bagaimana kereta tersebut berjaya mengharungi semua halangan yang disediakan dengan lancar. Pemanduan sebegini sebelum ini dilihat hanya boleh dilakukan oleh mereka yang pakar dengan drift sahaja. Dengan kejayaan ini, pasukan Chris Gerdes berharap ia akan menjadi batu loncatan buat pemanduan autonomi untuk mengatasi kemahiran pemanduan manusia biasa.



Gerdes menerangkan, “Kami cuba untuk mencipta kenderaan autonomi yang boleh mengendalikan pemanduan kecemasan atau di permukaan licin seperti di atas ais atau salji. Ia mempergunakan daya kawalan di semua tayar dan jalan untuk mengelak bahaya. Kami mahu ia boleh mengelak kemalangan yang boleh diatasi dalam undang-undang fizik.”

Tambah Goh, “Menerusi drift, kita boleh mengetahui contoh paling ekstrem tentang fizik memandu yang tidak boleh ditemui secara biasa. Jika kita boleh mengawal pemanduan dengan selamat dalam keadaan kereta paling stabil dan paling tidak stabil, ia menjadi lebih mudah untuk menyambungkan titik di antaranya.”

Tonton juga video tentang bagaimana mereka menghasilkan kenderaan autonomi yang boleh men-drift sendiri di bawah ini.

Sumber: TheDrive

Tags: Back To The FutureDeLorean DMC-12DMC-12
Najib

Najib

POPULAR

Kereta Back to The Future ini boleh membuat aksi drift sendiri tanpa pemandu

Kereta Back to The Future ini boleh membuat aksi drift sendiri tanpa pemandu

23 December 2019
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN