• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tanpa Lelaki Ini, Facebook Pun Mungkin Tak Wujud Sekarang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:32 am
  • 23/12/2019
  • Komen
Tanpa Lelaki Ini, Facebook Pun Mungkin Tak Wujud Sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Kita tak bercakap tentang Mark Zuckerberg tapi Randy Suess. Saya sendiri pun tak mengenali nama ini tapi ramai yang menganggap hasil tangannya sebagai prekursor kepada media-media sosial sekarang.

Dialah orang telah mencipta papan buletin digital ataupun lebih dikenali sebagai forum. Beliau dilaporkan baru saja meninggal dunia baru-baru ini pada usia 74 tahun.



Randy Suess

Idea untuk bangunkan forum digital ini sudah lama digagaskannya. Tapi ia menerima pecutan luar biasa sekitar bulan Januari 1978, apabila bandaraya Chicago dilanda ribut salji yang melumpuhkannya. Ia menyebabkan perhubungan antara Suess dan rakannya menjadi sukar. Mungkin mereka perlu berbincang sesuatu tapi tidak sesuai jika dilakukan menerusi telefon.

Papan pemuka forum digital pertama

Penyelesaiannya mudah, Suess membangunkan satu pelayan komputer di bahagian ruang bawah tanah rumahnya. Komputer itu boleh dihubungi oleh komputer lain untuk melekatkan nota digital pada pelayan yang dibangunkannya. Ia bersamaan dengan papan kenyataan tempat kita kepilkan pengumuman penting.



Rupa ruang kerja Suess sewaktu membangunkan CBBS

Suess menamakannya “Computer Elites’ Communications Project” (CEC) tapi akhirnya dia menggunakan nama Computerized Bulletin Board System (CBBS). Menjelang tahun 80-an, CBBS menjadi viral dalam kalangan peminat komputer dan ada yang membangunkan versi yang tersendiri untuk kegunaan tertentu seperti menghimpunkan orang yang sama minat contohnya gaming dan sebagainya.

Pelayan CBBS pertama

Sudah tentu Facebook, Twitter, dan segala macam platform sosial masa ini boleh dijejak kembali ke CBBS. Tapi Suess tidak bekerja berseorangan, bersama-samanya ada beberapa nama lain yang bersama-sama bangunkan CBBS seperti Ward Christensen yang mengkhususkan pada pengaturcaraan, dan Tom Jennings beri tumpuan pada rangkaian.

Sumber: The New York Times, IEEE Spectrum, Gambar Pemuka

Tags: Facebook
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tanpa Lelaki Ini, Facebook Pun Mungkin Tak Wujud Sekarang

Tanpa Lelaki Ini, Facebook Pun Mungkin Tak Wujud Sekarang

23 December 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN