Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Daftar pelan Unifi Mobile tahun ini untuk menangi Samsung Galaxy Fold

Menjelang penghujung tahun 2019, Telekom Malaysia kelihatan semakin bermurah hati apabila menawarkan 12 unit telefon pintar Samsung Galaxy Fold yang bernilai RM8,388 kepada pelanggan bertuah. Mereka yang mendaftar pelan Unifi Mobile 99 berpeluang untuk memenangi salah satu dari 12 unit telefon pintar dengan skrin boleh lipat ini.

Pelan Unifi Mobile 99 yang dikenakan caj RM99/bulan kini ditawarkan pada harga promosi RM59/bulan. Pengguna bagaimanapun perlu mengikat kontrak selama 12 bulan dan harga ini akan kekal selepas tamat kontrak. Pelan ini memberikan panggilan, SMS dan data tanpa had.

Untuk mendapat peluang memenangi telefon pintar Samsung Galaxy Fold, apa yang perlu dilakukakan ialah mendaftar pelan Unifi Mobile 99 antara 20 hingga 31 Disember 2019. Menurut soalan lazim FAQ, seorang pemenang akan dipilih secara rawak setiap hari dan pemenang hanya dipilih dari pelanggan baru sahaja.

Apabila mendaftar pelan ini, pengguna perlu membayar deposit sebanyak RM100 dan ia akan dimasukkan ke dalam bil akan datang. Bagi pengguna yang bertukar dari talian lain ke Unifi Mobile, bayaran pendahuluan akan dikecualikan.

Samsung Galaxy Fold ialah telefon pintar pertama Samsung dengan skrin boleh lipat. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 855 bersama RAM 12GB dan storan 512GB. Skrin diluarnya berukuran 4.6-inci HD manakala skrin di dalam pula seluas 7.3-inci QXGA yang boleh dilipat.

BACA  Pengguna Unifi Mobile akan terus terima data percuma sehingga 31 Ogos