• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung dijangka perkenal Galaxy Note 10 yang lebih ringan

  • OLEH Najib
  • 12:22 pm
  • 24/12/2019
  • Komen
Samsung dijangka perkenal Galaxy Note 10 yang lebih ringan
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Galaxy Note 10 telah lama dilancarkan, Samsung dijangka akan memperkenalkan satu lagi model di bawah Galaxy Note 10 yang lebih murah, dikenali sebagai Galaxy Note 10 Lite. Walaupun Lite, ia masih mengekalkan ciri seperti skrin dan bateri yang besar bersama S-Pen.

Lebih banyak maklumat mengenai Galaxy Note 10 Lite ini boleh kita perolehi menerusi laporan yang dikongsi oleh pembocor berita popular, Roland Quandt.



Di hadapan, telefon ini mengekalkan skrin Infinity-O iaitu lubang kecil di tengah atas skrin untuk memuatkan kamera hadapan. Tetapi skrin ini tidak melengkung di sisinya. Ia berukuran 6.7-inci dengan resolusi HD Penuh, dari jenis Super AMOLED dan menyokong HDR serta pengimbas capjari terdapat di dalamnya.

Tetapi terdapat sedikit perbezaan di belakang. Ini kerana ia menggunakan modul kamera yang kelihatan mirip dengan Huawei Mate 20, modul kamera empat segi sama tetapi terletak di tepi badan. Kamera ini ialah kamera utama 12MP F1.7, kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 12MP F2.4 dengan keupayaan zum optikal 2x. Kamera hadapannya pula 32MP yang terletak di dalam lubang di atas skrin.



Walaupun nampak sama di depan, di dalam ia agak besar bezanya. Ini kerana Galaxy Note 10 Lite akan menggunakan pemproses Exynos 9810 yang lama, yang digunakan di dalam Galaxy Note 9 dan Galaxy S9. Tambah Roland lagi, telefon ini akan datang dengan RAM 6GB dan storan 128GB bersama pilihan tambahan kad mikroSD.

Tetapi berita baiknya, telefon ini akan menggunakan bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Ini kerana Galaxy Note 10+ memiliki bateri 4,300mAh dan Galaxy Note 10 pula hanya 3,500mAh.

Malangnya, Roland menyatakan Galaxy Note 10 Lite tidak menyokong pengecasan wayarles. Sebaliknya juga, telefon ini masih memiliki jek audio 3.5mm padanya. S-Pen di dalam telefon ini berhubung melalui Bluetooth dan boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh.

Harganya pula, dijangka akan dijual di Eropah pada sekitar EUR609 (~RM2,793) bermula Januari 2020. Jika ia dijual di Malaysia, sudah pasti harganya jauh lebih rendah kerana cukai di Eropah yang jauh lebih tinggi. Mungkin lebih hampir ke RM2,000.

Adakah anda berminat memiliki Galaxy Note 10 Lite ini kerana harga yang murah walaupun dengan kuasa prestasi tahun lepas? Atau lebih baik membeli terus Galaxy Note 10 dengan kuasa terkini pada harga lebih dari RM3,000?

Sumber: WinFuture

Tags: samsungsamsung galaxy note 10Samsung Galaxy Note 10 Lite
Najib

Najib

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Samsung dijangka perkenal Galaxy Note 10 yang lebih ringan

Samsung dijangka perkenal Galaxy Note 10 yang lebih ringan

24 Disember 2019

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER